Mahkamah Rayuan hari ini mendengar rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan terdahulu yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah mingguan Herald.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh mendengar rayuan itu.
Mahkamah penuh sesak dengan pelbagai pihak yang berminat mengikuti prosiding tersebut. - UTUSAN
Suasana di perkarangan mahkamah
Tun Faisal mewakili Pergerakan Pemuda UMNO sebagai menunjukkan keprihatinan pergerakan itu terhadap isu penggunaan kalimah Allah.
Suasana di lobi mahkamah
Pihak gereja turut hadir
Kelihatan Pengerusi Perkasa Datuk Ibrahim Ali berbisik sesuatu dengan Datuk Zulkifli Nordin.
Salah seorang yang berpidato di hadapan Istana Kehakiman ialah Zaidel Baharuddin.Beliau berpidato di dalam bahasa Inggeris supaya media asing yang membuat liputan hari ini memahaminya dan tidak salah faham terhadap umat Islam di negara ini.
Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam yang membawa kes penggunaan kalimah Allah ke mahkamah.
#SaveKalimahAllah
MMI
No comments:
Post a Comment