Followers

Thursday, 17 October 2013

Azeez Rahim ~ Beliau Perlu Terus Di Berikan PERANAN !! #AzeezRahim4MT


Rasanya dah hampir seminggu MMI tidak menulis dan sepanjang masa itulah MMI bergerak dari hujung utara sehinggalah ke hujung selatan meneliti dan melihat proses tranformasi politik yang di lakukan oleh parti UMNO khususnya bagi menghadapi persidangan serta pemilihan parti tahun ini.

Seperti semua sedia maklum proses pemilihan di peringkat sayap-sayap sudah pun selesai dan ke semua 191 bahagian kini sudah mempunyai barisan kepimpinan yang sudah pun di pilih oleh para perwakilan di seluruh negara walaupun masih ada beberapa peringkat yang mengalami sedikit masalah seperti mana di Gelang Patah dan penantian untuk keputusan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang khabarnya akan di umumkan jam 4.00 petang nanti.

Hari ini dalam sejarah bilamana keputusan pemilihan parti mengambil masa yang terlalu lama untuk di umumkan malah jauh mengatasi keputusan PRU13 baru-baru ini.

Namun MMI percaya ini adalah sebahagian daripada proses tranformasi politik yang sedang di lakukan oleh parti UMNO bagi memastikan setiap keputusan yang di buat oleh perwakilan benar-benar telus.

Dalam tempoh masa berbaki tak sampai 2 hari ini , seluruh ahli UMNO dan perwakilan bagi persidangan UMNO bahagian kini sudah mula menghitung masa untuk hadir dan menunaikan tanggungjawab sebagai ahli di peringkat akar umbi.

Seperti mana sayap-sayap , persidangan di peringkat bahagian yang akan berjalan serentak pada 19 Oktober 2013 nanti turut melibatkan pemilihan di peringkat bahagian dan juga di peringkat Majlis Tertinggi parti.

Rasanya tempoh masa yang di berikan untuk setiap calon-calon berkempen lebih dari memadai dan MMI percaya hanya mereka yang selama ini benar-benar bekerja untuk parti dan rakyat akan mendapat lebihan kredit.Dengan sesi pemilihan akan di buat oleh perwakilan di peringkat bahagian maka sudah tentu setiap calon yang menawarkan diri perlu turun ke akar umbi bagi untuk memperkenalkan diri.

Dan seperti mana yang MMI katakan tadi mereka-mereka yang selama ini sudah membuktikan gerak kerja mereka sudah pasti akan di kenali oleh ahli-ahli di peringkat bawah dan ini memberikan sedikit kelebihan kepada calon-calon tersebut.

Bagi MMI inilah antara perkara paling baik dan tepat yang berlaku dalam proses tranformasi politik ini apabila memberikan amanah kepada ahli di peringkat bawahan untuk menentukan siapa yang akan di pilih untuk memimpin mereka dan sudah pasti mereka-mereka yang selama ini yang hanya muncul pada ketika sesi pemilihan akan di tolak.

Di kesempatan ini MMI sebagai antara puluhan ribu yang akan turut memberikan undi kepada calon-calon yang bertanding nanti merasakan terpanggil untuk sama-sama mengajak semua untuk kita berikan sokongan kepada calon MT bernombor 15 Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau dari kacamata MMI merupakan seorang pemimpin yang perlu kita kekalkan sebagai sebahagian daripada pemimpin-pemimpin lain untuk terus menerajui parti keramat UMNO ini.

Sikap beliau yang tidak pernah kecewa dan terus berjuang membantu bukan sahaja masyarakat di Baling dan rakyat Malaysia malah jasa bakti beliau sudah pun mencakupi sehingga ke peringkat dunia.

Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim merangkap Ketua Putera UMNO Malaysia adalah antara pemimpin politik yang paling aktif dan prolifik di Malaysia. Beliau sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti NGO bukan sahaja dalam negara hatta sehingga ke luar negara beliau sanggup menggadai nyawa demi memastikan bantuan kemanusiaan dapat dihulurkan. 

Bagi pengundi-pengundi di Baling Kedah, walaupun beliau tewas pada pilihanraya 2008, namun Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tidak berundur dari Parlimen Baling malah tetap setia kepada rakyat Baling walaupun tewas kepada calon PAS.


Inilah semangat pemimpin ikhlas lagi berjiwa rakyat yang sangat-sangat diharapkan oleh rakyat Malaysia. 

Datul Abdul Azeez mempunyai gaya kepimpinan yang sangat unik dan praktikal. Beliau sering turun ke padang dan mendengar sendiri keluhan rakyat. Ini bagi memastikan bahawa tidak ada jurang antara rakyat dan pemimpin. 


Datuk Abdul Azeez begitu senang untuk bersama-sama rakyat, berbincang, berbual serta berkongsi pengalaman pahit manis. Beliau seringkali kelihatan menghulurkan bantuan kepada rakyat bukan sahaja di Baling malah di kawasan luar dari sempadan politik beliau sehingga ke luar negara.


Dalam masa yang sama Datuk Abdul Azeez turut menyatakan sebagai Ahli Parlimen Baling beliau akan terus membangunkan Baling untuk kemudahan rakyat di kawasannya. 

"Cita-cita saya adalah mewujudkan sebuah Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini dan mendirikan kompleks masjid daerah, sebuah hospital pakar dan membawa kilang-kilang.

''Rasionalnya adalah untuk anak-anak muda di Baling ini dapat pekerjaan, dapat mata pencarian dan tak perlu pergi jauh-jauh seperti sekarang yang terpaksa ke Kulim, Sungai Petani atau Butterworth," katanya.

Di samping itu, kata beliau, Baling boleh dibangunkan dengan lebih pesat kerana mempunyai banyak potensi dari segi pelancongan dan pertanian.

"Kawasan ini adalah lokasi pertanian terbaik di negeri Kedah. Kita mempunyai ladang getah dan kelapa sawit yang luas. Untuk memastikan bekalan makanan berterusan, saya mahu melihat projek ternakan ayam terbesar dapat direalisasikan di Baling ini," jelasnya.Baca Seterusnya 

Di tambah dengan peranan beliau di peringkat pusat bersama-sama dengan KP1M yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat , MMI yakin Datuk Abdul Azeez Rahim adalah antara calon MT yang perlu terus di berikan peranan sejajar dengan hasrat akar umbi untuk melahirkan pemimpin yang berjiwa rakyat.



#Azeez4MT #Prihatin-Ikhlas Berjuang #No15

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels