Followers

Wednesday, 9 October 2013

Pemilihan UMNO 2013 , Jom Teropong !! @tunfaisal


Seperti mana yang semua sedia maklum parti UMNO kini sedang dalam proses pemilihannya dan serentak dengan itu seluruh negara hari ini seolah-olah sedang merayakan sesuatu.Mana tidaknya semua calon-calon yang menawarkan diri kini sedang sibuk berkempen bukan sahaja di peringkat tertinggi tetapi turut rancak di peringkat bahagian-bahagian.

Dari lensa teropong MMI , ianya meriah sekali ! Paling pasti inilah bukti betapa parti UMNO tidak ketandusan pemimpin malah kini bakal mempunyai pelapis yang mampu memikul amanah dan tanggungjawab bagi meneruskan perjuangan keramat mereka-mereka terdahulu.

Satu pengalaman baru apabila melihat proses pemilihan kali ini berjalan seiring dengan proses tranformasi politik yang menyebabkan calon-calon perlu melalui beberapa proses sebelum layak bertanding.

Membuka ruang kepada perwakilan di peringkat bahagian-bahagian untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat antara bukti UMNO benar-benar mahukan kepimpinan yang di pilih akar umbi.


Segalanya menarik dan terbaik malah menjadi harapan MMI untuk melihat beberapa calon seperti Tun Faisal yang bertanding kerusi MT beroleh kejayaan pada 19 Oktober nanti.

Namun dalam kerancakan itu masih ada di luar sana mereka-mereka yang buta hati malah langsung tidak dapat menerima hakikat dalam proses pertandingan sudah pasti akan ada menang dan kalah.

Kerana terlalu inginkan kemenangan , berlaku sudah di peringkat bahagian-bahagian termasuk sayap bilamana mereka mula menyerang peribadi calon-calon bertanding.Tindakan busuk dan bodoh ini jelas memperlihatkan betapa parasit-parasit seperti ini masih bertakuk dalam parti UMNO.

MMI sendiri malu melihat ada juga di kalangan ahli UMNO yang masih ketinggalan , pada ketika parti dan sebahagian besar ahli-ahli UMNO sudah mula melangkah jauh meninggalkan corak politik lama masih ada yang menagih saki baki politik hitam menghentam sesama sendiri hanya kerana JAWATAN !

Percayalah UMNO sudah mula mengorak langkah untuk mendepani corak dan dimensi politik baru apabila memberikan kebebasan kepada hampir seluruh ahlinya untuk menentukan kepimpinan tertinggi parti.Namun perubahan baik ini di cemari dengan parasit-parasit yang berkepentingan.

MMI yakin dan percaya , politik tentang hala tuju , dasar dan perancangan untuk di lakukan sebaik mendapat mandat dari perwakilan adalah proses kempen paling hebat yang sebenarnya di lihat oleh para perwakilan sebagai keutamaan malah kadang kalanya perwakilan di lihat jauh lebih matang dari calon-calon yang bertanding.  

Kepada semua perwakilan di seluruh negara dan semua bahagian , buatlah pilihan terbaik bagi menentukan pemimpin masing-masing.Tolak mereka yang terlalu RAKUS untuk berkuasa sehinggakan sanggup menggunakan serangan peribadi sebagai bahan kempen.

Jika itu MAMPU kita lakukan Insyaallah UMNO akan terus relevan dan menjadi parti keramat kepada orang-orang Melayu di Malaysia !!

Psstt Gua ada undi gang !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels