Sebelum ni MMI ada mendengar cakap-cakap dari kalangan orang-orang sekililing yang mengangap pembentangan bajet 2014 antara yang akan menyusahkan rakyat.Sampai ke tahap itu anggapan mereka dan mungkin sebahagiannya adalah puak-puak pembangkang jadi tak mustahillah asyik nak membangkang ja.
Tapi ada juga yang dok bercakap tu orang-orang kita sendiri !! Kadang-kadang MMI pun pelik kenapa puak-puak ni sampai langsung tak boleh pikir.
Macam ni lah senang , dalam keadaan politik negara yang punya puak pembangkang yang asyik nak membangkang ja kerja dia ok sangat ka kalau kerajaan nak buat perkara-perkara dan benda-benda yang merugikan kerajaan sendiri ??
Tapi macam yang kawan MMI cakap lah bila pun orang kita tak pernah nak puas hati dengan apa yang mereka dapat so masing-masing pikirlah.
MMI sendiri pun tak tau lagi apa yang akan di bentangkan nanti sebabnya hari jumaat nanti baru sesi pembentangan cumanya kita kena dapatkan pandangan mereka-mereka yang terlibat atau faham tentang kedudukan ekonomi negara barulah kita tidak mudah menelan dakyah atau cerita-cerita propa puak-puak pembangkang.
Contohnya ,
Khazanah Nasional yakin kerajaan akan memberi fokus bagi mengurangkan defisit negara dalam pembentangan Bajet 2014 pada Jumaat ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, perbelanjaan negara juga akan dibuat secara berhemah sejajar dengan kedudukan kemampuan ekonomi semasa negara.
Justeru, beliau yakin belanjawan kali ini akan lebih seimbang, menyeluruh dan bertanggungjawab mengikut kemampuan Malaysia menguruskan cabaran fiskal.
“Contohnya daripada program transformasi, pada pendapat saya hasil daripadanya akan mengekalkan pertumbuhan yang dicapai dalam memperbaiki perkhidmatan awam untuk rakyat,
“Pada masa sama, saya yakin kerajaan akan menguruskan cabaran fiskal dalam menghasilkan bajet yang lebih seimbang dan bertanggungjawab,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ada menyatakan bahawa kerajaan dijangka mengumumkan pelaksanaan inisiatif perbelanjaan berhemah untuk beberapa kementerian dalam Bajet 2014.
Bajet 2014 akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan di Parlimen.sumber
Jadi jangan main hantam ja bro !
MMI
No comments:
Post a Comment