Followers

Tuesday, 22 October 2013

SUNGAI LIMAU Medan Tempur Pertama Selepas PRU13


Apa mungkin sejarah yang tercatat sejak 2008 yang lalu akan berulang kembali ? Sengaja MMI mulakan dengan persoalan sedemikian bukan apa terkenang dengan apa yang berlaku sejak PRU12 yang lalu apabila satu demi satu PRK mengambil tempat.

Lebih menarik lagi setiap satunya seolah-olah mendapat promosi percuma hinggakan nama-nama seperti Kerdau,Manek Urai,Galas,Batu Sapi dan banyak lagi kini di kenali ramai.Dalam masa yang sama kawasan yang terlibat seolah-olah berpesta dengan pelbagai ragam manusia yang datang dari segenap pelusuk negara.

Itu belum kira gerai-gerai makan yang tumbuh macam cendawan selepas hujan ! Dan paling panaz sekali adalah tempat penginapan yang laris macam pisang goreng.Haha... hotel , homestay dan apa saja yang boleh di jadikan tempat berteduh buat jentera-jentera pilihanraya sudah pasti mendapat permintaan yang tinggi.

Begitulah serba sedikit tentang PRK yang pernah mengambil tempat sebelum ini.

Sekarang ianya kembali lagi dan kembalinya PRK kali ini bermula di negeri Kedah Darul Aman.

KADUN Sungai Limau kini mencatat namanya dalam kalendar PRK berikutan kematian penyandangnya Allaryarham Ustaz Azizan Razak baru-baru ini.

Maka sudah pastilah Sungai Limau akan menjadi medan tempur pertama bagi seluruh jentera parti yang bertanding setelah PRU13 selesai.


Antara yang menarik tentang PRK Sungai Limau adalah Kedah yang kini di ambil alih oleh kerajaan Barisan Nasional dengan Menteri Besarnya Mukhriz bakal berdepan dengan jentera PAS dan Pakatan Haprak yang akan bermati-matian mempertahankan kerusi Sungai Limau.

Namun ada sesuatu yang jauh lebih menarik kali ini bilamana jentera Barisan Nasional di lihat lebih bersedia malah setiap pemimpin yang baru-baru ini menang dalam pemilihan di peringkat parti di seluruh negara sudah pasti akan turun membantu kempen jentera BN di Sungai Limau.

Dengan semangat yang tinggi kerana di pilih oleh perwakilan di seluruh negara barisan pimpinan ini dan seluruh jentera mereka sudah pasti akan menjadi masalah besar kepada pasukan pembangkang di Sungai Limau.

Apa pun kita sama-sama nantikan sejauh mana medan tempur ini bakal mencatatkan perjalanannya , adakah ianya antara PRK paling bersih dalam sejarah atau ianya menjadi medan paling kotor seperti mana yang pernah di catatkan dalam PRK-PRK sebelum ini.

Insyallah MMI akan cuba untuk membawakan perkembangan terkini di Sungai Limau termasuklah calon-calon yang bertanding.Apa yang pasti kini jentera-jentera parti sudah mula memasuki Sungai Limau dan sama-sama kita doakan supaya ianya menjadi pentas terbaik bagi membuktikan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional dengan merampas kembali kerusi DUN Sungai Limau.

Untuk makluman cuaca mendung diramal pada sebelah pagi hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau esok.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia ketika dihubungi berkata pada sebelah petang, hujan sementara diramal berlaku.

Sehubungan itu, orang ramai yang mahu keluar rumah terutama berhampiran tempat penamaan calon dinasihatkan supaya berhati-hati dengan perubahan cuaca ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan esok sebagai tarikh penamaan calon bagi PRK DUN Sungai Limau, yang akan diadakan di Dewan Dato' Madi di sini, manakala 4 November sebagai hari mengundi.

Barisan Nasional (BN) menamakan bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, sebagai calonnya manakala PAS memilih Ketua Dewan Pemuda PAS Jerai Mohd Azam Samat, 37. - BERNAMA 

Jom  ke Sungai Limau !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels