Followers

Thursday, 3 October 2013

Cita Bloggers Tak Suka @azwanbro !! Jom Baca ..


Seperti semua pihak sedia maklum ketika ini sedang berlangsungnya proses kempen calon-calon yang bakal bertanding dalam pemilihan parti UMNO bagi penggal 2013 - 2016.Begitulah juga dengan sayap pemuda bila mana jawatan bagi Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang menyaksikan pertandingan sengit calon-calon yang menawarkan diri.

Khairul Azwan Harun atau azwanbro merupakan salah seorang calon yang menawarkan diri bagi jawatan nombor dua dalam sayap pemuda bersama-sama calon-calon lain dan dalam proses kempen kali ini sudah dapat di lihat bagaimana beberapa blogger sedang bertungkus-lumus memberikan persepsi buruk kepada Khairul Azwan Harun atau Azwanbro gara-gara menawarkan diri untuk merebut kerusi nombor dua dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Alasan dan hujah kenapa Azwanbro tidak layak menduduki kerusi nombor dua dalam pemuda UMNO pula begitu dangkal di mana Azwanbro dikatakan terlalu membawa imej korporat yang mana ia tidak disenangi oleh anak muda.

Menurut laman blog dari utara itu, jika mahu jadi tokoh korporat usahlah memegang kerusi nombor dua dalam pemuda.MMI tahu bahawa blogger tersebut tidak senang dengan kempen oleh Azwanbro, kerana ia mendapat sokongan ramai blogger termasuk blogger dari utara sendiri.

Apakah benar Azwanbro terlalu menampakkan imej korporat?

Apakah Azwanbro 24 jam memakai baju kot, long sleeve dan hanya bergaul dengan tokoh-tokoh korporat?

Berapa lama agaknya mereka-mereka itu mengenali Azwanbro sehingga begitu yakin mengatakan Azwanbro tidak layak menduduki kerusi nombor dua dalam pemuda?

Tahukah apa gerak kerja yang telah berjaya dilakukan oleh Azwanbro sepanjang memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Perak?

Azwanbro terlibat dalam politik sejak belajar di luar negara di mana dia terlibat secara langsung dengan Kelab UMNO Luar Negara, setelah pulang ke Malaysia pada tahun 1999, kerjaya pertamanya adalah juruaudit di Konsultan Kewangan di Ernst & Young, Kuala Lumpur.

Kemudian tahun 2004, Azwanbro telah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada YB Dato’ Dr. Zambry Bin Abd. Kadir yang ketika itu merupakan Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Negeri Perak sebelum dilantik sebagai SUSK setelah Dr. Zambry Abdul Kadir memegang jawatan Menteri Besar Perak.


Tahun 2004 pula, dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak beliau telah dipilih sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian berganding bersama YB. Dato’ Zainol Fadzi Bin Paharudin selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

Azwanbro tidak naik secara mendadak di dalam politik walaupun aktif sebaik sahaja pulang ke Malaysia, satu tangga ke satu tangga beliau daki sehingga menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Perak.

Jika diperincikan gerak kerja Azwanbro di Perak atas kapasiti pemuda UMNO rasanya terlalu banyak. Seperkara yang harus di ingat , jangan nafikan jasa dan kerja seseorang hanya kerana dia seorang tokoh korporat yang berjaya.

Lainlah jika dia mendapat kekayaan dan semua syarikat yang berjaya diusahakan olehnya adalah melalui salah guna kuasa.

Antara yang terpenting , Azwanbro tidak menggunakan pengaruh bapa untuk naik dalam dunia politik.

Ulasan Brader 

Apa masalahnya kalau seseorang tu dari dunia korporat berkesudian untuk memperjuangkan nasib pemuda?Sepatutnya orang macam ini boleh dijadikan contoh bagaimana anak muda hari ini boleh berjaya.Ambil yang baik dan boleh dijadikan contoh

Berpolitiklah secara matang , kalau anda ada calon yang hendak diketengahkan,'highlight' sahaja kelebihan dia.Bukan dengan memburukkan persaing yang lain.Kalau anda memburukkan calon lain,itu tidak menjadikan calon yang ingin anda naikkan lebih baik.

Brader ambik contoh apa yang Azwan Bro buat untuk Political Internship dibawah  BN Perak dimana peserta yang layak akan dijadikan pelatih di setiap DUN di Perak berteraskan 4 modul utama iaitu modul pertama adalah berkaitan aspek pentadbiran yang merangkumi petadbiran pejabat pusat khidmat adun.

Modul kedua pula adalah meliputi aspek kajian sikap di kawasan dun terlibat manakala modul ketiga lebih menyentuh kepada hal ehwal pengurusan acara.

Menerusi modul ketiga, pelatih akan didedahkan kepada aspek pengurusan acara seperti cara-cara untuk merancang program seperti program bertemu pelanggan atau program sambutan perayaan yg dianjurkan oleh pusat khidmat dun.

Modul keempat namakan modul turun padang 3P dimana ia satu pendekatan yang dibawa sendiri oleh Menteri Besar iaitu, padang, perasaan dan penyelesaian.

Berapa ramai pemuda yang prihatin dengan golongan mahasiswa dan mengambil peluang untuk 'groom' mahasiswa dan seterusnya menjadi pelapis kepada kepimpinan Barisan Nasional pada masa akan datang?Kalau semua hanya nak naikkan diri sendiri tanpa memikirkan generasi seterusnya,punahlah BN pada masa akan datang ! sumber 


#azwanbro4NKP

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels