Barangkali ramai yang dah sedia maklum MAS pernah menganjurkan "flashmob" di KLIA.Mungkin ianya agak lama pada tahun 2012 namun bila melihat kembali "flashmob" dalam saluran "YouTube" terasa sesuatu yang menarik.
KLIA merupakan "airport" bertaraf antarabangsa dan sudah semestinya ia menerima kemasukan dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa.Oleh yang demikian MMI rasa sekali sekala aktiviti sebegini mampu menceriakan mereka-mereka yang berada di KLIA malah ianya menjadi antara tarikan kepada para pelancong yang tiba ke negara kita.
Merujuk kepada "YouTube" di atas jelas ianya telah mencatat jumlah pengunjung lebih dari 1 juta orang dan ini bermakna secara tak langsung ianya membantu mempromosikan negara kita Malaysia selain dari MAS dan KLIA sendiri.
Sebagai rakyat Malaysia , MMI tumpang bangga apabila ada pelancong dari yang turut melahirkan rasa terujanya.Berikut antara perbualannya yang di rakam.
Kameraman : Hey, where you're came from ?Pelancong : ArgentinaKameraman : How the performance ?Pelancong : I'm sorry what ?Kameraman : The performance you...Pelancong : Am I like it, no it's awesome. It is happen all the times here, all the times? This is the best airport in the world.
Terbaik bukan ? Malaysia sebenarnya sedang meniti laluan untuk terus berjaya.MMI yakin dalam laluan ini kita bukan sahaja perlu sama-sama berganding bahu malah perlu sedar bahawa orang luar jauh lebih menghargai negara kita daripada kita sendiri.
Amat malang sekiranya kita sebagai rakyat pula yang cuba untuk memusnahkan apa yang kita miliki hari ini.
Oh ya ! bila sebut tentang "flashmob" ni , selain dari apa yang MMI catatkan di atas sana tu sebenarnya ada juga "flashmob" yang lain yang juga berlaku di Malaysia.
Cumanya yang ini jauh menyimpang dan ianya langsung tidak memberikan sebarang kebaikan mahupun kelebihan selain daripada menimbulkan huru-hara dan menafikan hak sebahagian besar rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian.
Ampa semua jangan jadi macam puak-puak ni !!
Orang "flashmob" dia pun nak "flashmob" !!
MMI
No comments:
Post a Comment