Followers

Wednesday 23 October 2013

Apa Yang Kelam Kabut Di SELANGOR Ni ??


Banyak kawasan di landa hujan lebat dan sudah ada kawasan yang di naiki air seterusnya menyebabkan banjir berlaku.Dan bila ada hujan lebat ni selalunya akan sekali dengan "package" dia angin kuat.

Macam tu jugalah dengan apa yang MMI dengar-dengar ada angin kuat sedang berlaku di Selangor.

Katanya kuat sungguh angin di Selangor tu sampaikan si Nuar pun kena seligi !! Angin apa tu ???

Rupa-rupanya cerita tentang Faekah Husin masih menjadi Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor walaupun hangat diperkatakan beberapa bulan lalu beliau akan berpindah menerajui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Ini selari dengan khabar bahawa peningkatan darjat Faekah dalam pentadbiran negeri Selangor ada mempunyai hubungan langsung dengan pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Ketua Staf Pejabat, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saifuddin dikhabarkan kurang senang beliau perlu melaporkan diri kepada Faekah dan ini menyebabkan Setiausaha Politik kontroversi itu direncanakan akan beralih ke MBI.

Kini belum reda spekulasi tentang perkara itu Faekah pegawai nakal yang menguruskan imej politik Menteri Besar Selangor itu muncul lagi. Kali ini untuk mempertahankan bosnya daripada kritikan pedas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kecewa dengan cara Khalid menguruskan kewangan Selangor. 

Anwar membuat teguran terbuka dalam sebuah forum awal bulan ini betapa Khalid tidak seharusnya mengutamakan kegiatan meningkatkan rizab negeri tanpa berusaha mengagihkannya demi kebajikan dan pembangunan hakiki rakyat Selangor. 

Malah Anwar mahu Khalid mencontohi Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang bijak mengimbangkan pendapatan kerajaan negeri dengan usaha memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Khalid membisu buat seketika. Namun pada awal minggu ini beliau dilaporkan berkata bahawa beliau akur akan nasihat semua pihak. Namun beliau menegaskan bahawa beliau lebih mengutamakan pandangan rakyat daripada mana-mana pemimpin atau ahli politik.

Maksud tersirat daripada kenyataan itu ialah, selagi rakyat tidak membuat protes atau laporan tentang nikmat pembangunan tidak sampai kepada mereka, maka beliau tidak perlu menghiraukan komen pihak lain, termasuk pimpinan politik.  

Ini mencetuskan satu lagi persoalan terhadap prinsip pengurusan dan kaedah berpolitik Khalid apabila Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind Singh Deo menuntut supaya Khalid menjelaskan apa yang dimaksudkan bahawa beliau mengutamakan teguran rakyat daripada pemimpin politik.Baca Seterusnya 

Tu dia rupa-rupanya dia tak agih dekat rakyat pun !! Ish ish macam-macam hal puak-puak ni , itu pun masih ada lagi puak-puak yang sanggup jadi macai .. mungkin sebab fullus kot !! 

Anwar pula setakat tu ja ka ?? Bukan ka dia ni penasihat kewangan kerajaan Selangor ?? Apa dia buat ?? Ish ish takut dengan Faekah ka bro ???

Sendiri mau ingat bro !!

Pssst apa crita Sungai Limau ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels