Followers

Wednesday 23 October 2013

Khairul Azwan Harun SAH Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia !!


Khairul Azwan Harun atau lebih mesra dengan panggilan AzwanBro akhirnya telah di umumkan sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal 2013 - 2016.Teka-teki tentang siapa pemenang bagi jawatan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari kalangan ahli akar umbi apabila AzwanBro dan Jamawi di istiharkan seri 73-73 baru-baru ini.

Namun setelah satu tempoh masa yang di berikan oleh jawatankuasa pemilihan parti dengan menjadikan pemilihan semula di peringkat 3 bahagian pemuda yang terakhir di jadikan sebagai keputusan muktamad maka Khairul Azwan Harun di sahkan sebagai pemenang bagi jawatan tersebut setelah pemuda Gelang Patah dan Sabak Bernam memilih Khairul sebagai pemenang.

Pergerakan Pemuda UMNO Gelang Patah hari ini memilih Khairul Azwan Harun sebagai calon Naib Ketua Pemuda pusat.

Pada pemilihan hari ini, Khairul Azwan menerima 96 undi menewaskan pencabar terdekatnya Jamawi Jaafar yang hanya memperolehi 61 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Azmi Khalid pada pukul 11 pagi.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam memilih Khairul Azwan Harun untuk jawatan Naib Ketua Pemuda dalam pemilihan semula yang diadakan hari ini.

Khairul Azwan mendapat 161 undi manakala pencabarnya, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar memperoleh sebanyak 69 undi.

Proses pemilihan semula yang diadakan berjalan lancar sehingga kiraan undian selesai pada pukul 11.10 pagi ini.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Sabak Bernam, Shaharuddin Amir Ajil.

Pemilihan semula jawatan tersebut di Sabak Bernam menyaksikan seramai 248 perwakilan pemuda daripada 54 cawangan UMNO bahagian itu membuang undi pada 10.05 pagi ini.

Pemilihan semula itu diadakan ekoran kedudukan dua calon yang bertanding jawatan tersebut iaitu Jamawi dan Khairul Azwan terikat seri apabila masing-masing menerima 73 undi pada pemilihan sayap itu, 12 Oktober lalu,

Selain Sabak Bernam, turut diadakan pemilihan semula bagai jawatan tersebut ialah Pemuda UMNO Bachok, Kelantan dan Gelang Patah, Johor.

Tahniah buat WanBro !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels