Followers

Wednesday, 23 October 2013

UPDATE Lagi Gambar Banjir Kilat Di Cameron Highlands !!


Kejadian banjir kilat yang berlaku di kawasan Lembah Bertam Cameron Highlands berpunca daripada pelepasan air dari empangan Sultan Abu Bakar yang terpaksa melepaskan air ekoran paras air yang melimpah secara mendadak awal pagi tadi.

Berikutan itu berlaku banjir kilat di sekitar kawasan Lembah Bertam yang telah mengakibatkan 2 kematian.Mangsa yang di jumpai mati merupakan seorang lelaki warga Bangla berusia 30 tahun dan seorang wanita warga Indonesia berusia 40 tahun.

Dalam masa yang sama seorang lelaki cina berusia 51 tahun juga di sahkan mati berikutan serangan jantung.

Seorang wanita warga Indonesia berusia 17 tahun di laporkan masih hilang setakat ini dan seorang lelaki cina berusia 38 tahun mengalami kecederaan.

Kerosakan harta benda di laporkan sebanyak 80 buah rumah di kawasan sekitar terlibat manakala 100 buah kenderaan pelbagai jenis turut mengalami kerosakan akibat kejadian banjir tersebut.






Baca juga di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment