Followers

Wednesday 23 October 2013

Siapa Yang Tengah Cari Musuh Dalam Selimut ?!!

Gambar Hiasan
Kerana sikap angkuh dan bongkak sorang pemimpin ni langsung tidak pernah mengaku kesalahan yang telah di lakukan oleh beliau sendiri.Dengan pelbagai masalah yang melanda parti cauvinis paling rasis dalam Malaysia pada ketika pemilihan barisan pimpinannya sehingga menyebabkan perlu di adakan semula sudah cukup untuk membuktikan betapa puak-puak ini sebenarnya hanya mementingkan diri sendiri.

Segala kaum puak habis semuanya di heret untuk menjadi orang terpenting dalam parti seolah-olah parti cauvinis tu mak bapak dia yang punya.

Barangkali mungkin kerana di tekan oleh puak sendiri maka pemimpin tersebut kini sudah mula menyusun gerakan bagi menyelamatkan karier dan nyawa politik dinasti mereka.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengarahkan Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke untuk menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli parti yang "memakai lencana roket tetapi di hati mereka adalah Barisan Nasional (BN)".

Sumber dalaman DAP dipetik oleh The Star Online sebagai berkata beberapa anggota parti yang vokal dan telah melemahkan parti itu pada pemilihan semula jawatankuasa pusat (CEC) pada 29 September, masih berterusan berbuat demikian.

"Kita tidak tahu secara khusus siapa mereka, tetapi ia ditujukan kepada orang yang terus melemahkan parti itu selepas pemilihan," katanya.

Sumber lain berkata, veteran DAP tertentu membuat tuntutan yang tidak berasas mengenai pemilihan parti, termasuk menuduh DAP membawa masuk pengundi hantu.

Beberapa pemimpin akar umbi pula bercakap menentang parti terhadap masalah dalam pemilihan, seperti Zulkifli Mohd Noor, yang berulang kali mendakwa kepimpinan parti telah memanipulasi proses pengundian dalam pemilihan semula.

"Loke berkemungkinan besar perlu mendokumentasikan segala salah laku dan membawanya ke jawatankuasa. Sebelum ini status quo adalah pemimpin tidak boleh mengambil tindakan melainkan dan sehingga seseorang membuat aduan."

Beliau berkata, pemimpin-pemimpin DAP dilihat akan mengambil langkah itu kerana ia tidak lagi berdepan bayang-bayang ROS.

"Sebelum ini, parti diancam oleh kuasa-kuasa luar seperti ROS yang menyatakan parti boleh dibatalkan pendaftarannya. Sekarang krisis telah berakhir, pemimpin mahu menumpukan kepada ancaman dalaman," katanya.

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban, memberitahu The Star Online beliau akan memulakan tugasnya minggu ini.

"Saya tiada sebarang laporan lagi, tetapi saya boleh mengatakan bahawa keputusan untuk mengambil tindakan ini pastinya tidak ditujukan kepada mana-mana orang tertentu."

Menurut satu kenyataan yang dihantar oleh Lim awal minggu ini, Loke akan menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli parti yang "cuba untuk memusnahkan dan mensabotaj DAP".

Jika mana-mana tindakan salah laku ditemui oleh Loke, beliau perlu mengemukakan aduan rasmi kepada jawatankuasa disiplin parti itu yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi, Tan Kok Wai.

Tan, yang juga Ahli Parlimen Cheras berkata jawatankuasa itu akan meneliti aduan yang dirujuk oleh Loke.

Beliau memberi jaminan kepada ahli-ahli parti bahawa arahan itu tidak akan melanggar kebebasan bersuara.sumber 

Alo brader Lim , suara siapa yang tak bebas ni ?? Bukan ka ahli parti sendiri yang bikin ribut !! 

MMI kata mudah ja puak-puak perwakilan mahupun ahli DAP sendiri kenapa diam ? Masa  2 3 kerat yang dok bertungkus-lumus cuba untuk memperbetulkan parti sebelum ni tak ada satu pun suara dari ahli-ahli DAP lain ?

Nak tau kenapa ? Sebab dalam DAP mana ada demokrasi !! Kuku besi bro ...

Demokrasi ka kalau pucuk pimpinan di tentukan oleh jawatankuasa CEC seramai 20 orang ?? Puiiiii....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels