Followers

Friday 8 November 2013

Aii Nampak Semacam Jaa .. KECOH Ada Pengundi Hantu Di Sungai Limau ?!!


PRK Sungai Limau baru sahaja mencatatkan sejarahnya dalam kalendar PRK di Malaysia.Sudah pasti semua pihak sedia maklum PAS sudah pun di nobatkan sebagai pemenang dalam proses pengundian yang di jalankan pada 4 November 2013 yang lalu.Bermacam-macam cerita yang keluar semenjak hari penamaan calon sehinggalah haru pembuangan undi.

Boleh di katakan PRK Sungai Limau antara PRK yang baik apabila tidak ada insiden-insiden yang keterlaluan selain daripada laporan wanita UMNO di tumbuk , pemuda UMNO di tumbuk , penghinaan terhadap Allahyarham Ustaz Azizan , penipuan daripada jentera dan calon PAS melalui gambar superimposed , jentera pembangkang yang di kesan di Danok , aksi lucah oleh pak lebai PAS , provokasi melampau di hari pengundian dan macam-macam lagilah yang sebenarnya mencorakkan PRK di Sungai Limau.

MMI akui PRK Sungai Limau cukup menarik , menarik dengan suasana dan proses kempennya cuma semenjak hari pertama menjejakkan kaki di sana sehinggalah selesai segala urusan tidak ada sebarang bunyi yang menyebut tentang PENGUNDI HANTU !

Apa di Sungai Limau juga wujud pengundi hantu ??

Ada bunyi-bunyi yang mengatakan wujud pengundi hantu sewaktu PRK Sungai Limau khususnya di Bukit Besar.Sejauh mana kesahihan dakwaan ini ??

Merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PAS Mahfuz Omar .. kumpulan pengundi yang wujud di situ telah lama dikesan PR semenjak zaman bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"...itu bukan pondok durian, tapi pondok orang mengaji agama, bukan pondok polis tepi jalan dan telah ada sejak zaman datuk kepada calon Pas yang mengasaskan penubuhan pondok tersebut" Kata Mahfuz yang mengakui pengundi datang dari pondok PAS.

Ohh mereka-mereka tu datangnya dari pondok-pondok mengaji .. Kita janganlah buat spekulasi yang bukan-bukan ya ! Cumanya apa benar semua orang yang berada di pondok mengaji tersebut merupakan anak tempatan yang sememangnya pengundi di Sungai Limau ???

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels