Followers

Friday, 8 November 2013

Kenapa Kos RM4.08 Bilion MENINGKAT Jadi RM6.3 Bilion ??


Berhemah sungguh puak-puak DAPigs di Pulau Pinang apabila langsung tidak mengambil kira pandangan dan suara rakyat khususnya tentang pembinaan terowong merentasi Seberang Perai ke Gurney Drive.Rasanya semenjak pengumuman cadangan pembinaan terowong ini sudah banyak pihak yang mengadakan bantahan supaya projek ini di batalkan memandang pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang di jangka siap pada bila-bila masa sahaja.

Malah dalam beberapa keadaan pembinaan itu nanti akan menyebabkan banyak pihak bakal mendapat kesannya khususnya para nelayan pantai di sekitar Seberang Perai.Kesan daripada pembinaan terowong tersebut sudah pasti bakal mencemarkan kawasan pantai serta laut malah hidupan laut sudah pasti akan tercemar dan ianya akan menyebabkan para nelayan menghadapi masalah seterusnya menutup periuk nasi mereka.


MMI sendiri tidak pasti kenapa Guan Eng begitu teruja untuk meneruskan pembinaan ini sedangkan bantahan telah pun di lakukan oleh rakyat Pulau Pinang sendiri.Dari pengamatan MMI ianya tidak lain dan tidak bukan sekadar satu projek yang di rancang bagi menyamai projek pembinaan jambatan kedua oleh kerajaan persekutuan.

Sudah pasti mereka mengambil kira pengalaman Tun Mahathir sewaktu pembinaan jambatan Pulau Pinang satu ketika dulu yang mendapat tentangan banyak pihak yang kemudiannya menjadi keperluan yang amat penting buat warga Pulau Pinang hari ini.

Dalam masa yang sama mana mungkin kerajaan negeri yang selama ini sering melalak kononnya mereka mengamalkan perbelanjaan berhemah tidak mampu membawa satu apa pun di Pulau Pinang sebagai simbol kerja buat mereka maka pembinaan terowong ini bakal menjadi mercu kejayaan DAPigs di Pulau Pinang.

Namun jangan sesekali kita termakan dengan strategi putar alam ini kerana ada perkara yang harus kita faham sebelum pembinaan ini berjalan.

Berdasarkan perkiraan mereka yang pakar , dari segi teknikalnya sekiranya pembinaan terowong ini di mulakan di Pulau Pinang saya percaya ia menggunakan teknik TBM. Namun demikian mungkin akan menggunakan teknik konvensional di sana sini.
Teknik pengorekan di bawah air memerlukan kepakaran yang lebih. Ini kerana tanah akan menjadi lebih lembut dan mudah runtuh strukturnya. Inilah risiko yang terpaksa dihadapi. Sebab itulah pembinaan terowong terpaksa dilakukan di bawah lapisan batu-batan atau bed rock. Ataupun jika tiada pilihan, maka terowong terpaksa melalui batu-batan tersebut. Ini kerana lapisan batu-batan itu akan menjadi satu penampan bebanan dari atas dan resapan air laut terhadap tanah tidak mudah berlaku.
Apa akan terjadi jika di atas jajaran terowong tidak ada lapisan batan-batan ? Inilah yang amat ditakuti. Kerja-kerja pengorekan akan menghasilkan gegaran, dan jika gegaran terlebih kuat sehingga meruntuhkan struktur tanah, dan ditambah dengan tanah yang lembut disebabkan resapan air yang berlebihan, disertakan juga dengan tekanan air laut dan bebanan tanah itu sendiri, maka dikhuatiri tanah akan runtuh.Baca Selanjutnya 
Bantahan dan ketidakpuasan hati rakyat Pulau Pinang di teruskan apabila Kerajaan negeri sudah menjadi tiang bisu walaupun kita sebenarnya telah sedia maklum mereka ini memang akan terus pekakkan telinga terhadap sebarang persoalan yang ditimbulkan rakyat.Apa yang penting bagi mereka agenda disebalik projek ini dapat dicapai.DAP seharusnya memberi penjelasan kepada rakyat agar rakyat faham dan bukannya membisu.Telah timbul pelbagai cerita kurang menarik berkenaan projek ini.Satu,ianya ditandatangani walaupun belum ada sebarang kajian dilakukan.

Kedegilan Kerajaan DAP Pulau Pinang di dalam meneruskan projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion jelas menunjukkan sikap kepimpinan yang angkuh dan mementingkan diri sendiri.Ujar Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow,sudahlah projek ini diteruskan walaupun tiada sebarang kajian yang dilakukan terlebih dahulu, segala persoalan rakyat pula terus enggan dijawab.

Kedua,kos projek yang meningkat daripada RM4.08 bilion kepada RM6.3 bilion.Bagaimana ianya boleh meningkat sebegitu banyak masih tidak terjawab.Ketiga berkenaan tol yang bakal dikenakan kelak selain kesan-kesan negatif kepada rakyat,alam sekitar dan juga para nelayan yang juga masih tidak terjawab.

Semuanya persoalan ini tidak mampu dijawab menyebabkan rakyat mula berfikir bahawa ada agenda tersembunyi di sebalik projek mega ini.Apa yang pasti hanya satu jawapan daripada Lim Guan Eng iaitu menuding jari kepada BN,Katanya kepada UMNO-Online.Tambah beliau lagi,DAP seharusnya berpegang kepada prinsip CAT iaitu Competency (Keupayaan),Accountability (Akauntabiliti) dan Transparency (Ketelusan) di dalam menangani setiap kontroversi yang melanda mereka.Jangan hanya jadikan CAT sebagai perhiasan.

Buktikan mereka memang parti yang telus tapi saya pasti DAP akan terus berdiam diri kerana mereka tidak ada sebarang jawapan kukuh kepada setiap persoalan yang diajukan rakyat berkenaan projek mega ini,jelasnya lagi.Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah pun menandatangani perjanjian awal pembinaan projek mega ini walaupun kajian dan kerja-kerja terperinci (FSSD) belum diluluskan dan tindakannya ini telah mendapat bantahan dari banyak pihak. - MediaUMNO

Apa pun rakyat Pulau Pinang perlu sedar apa yang telah , sedang dan akan terus berlaku hanyalah satu cerita politik rejim DAP untuk terus menguasai Pulau Pinang.Sebagai rakyat kita harus peka dengan apa yang berlaku dan MMI percaya kini sudah ada jawapan kepada persoalan tentang sikap berdiam diri pimpinan DAP khususnya berkenaan dengan pembinaan terowong ini.

Perasankah kita bagaimana bersungguh-sungguhnya mereka untuk meneruskan projek ini ? Sedarkah kita bagaimana mereka langsung tidak mengambil kira nasib rakyat di kawasan yang terlibat ? Fahamkah kita bagaimana mereka langsung tidak mengambil kisah tentang nasib yang akan menimpa bangsa Melayu dan Cina khususnya apabila projek ini di mulakan nanti ???

Jawapannya mudah ... Tidak lain dan tidak bukan kerana 30 % !!!


Agaknya berapa puak-puak tu dapat ??? 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels