Followers

Sunday 3 November 2013

Guan Eng Panas Punggung Kena CABAR Dengan Anak KEDAH !!


Nampaknya sahabat sesyurga PAS , Guan Eng dan parti DAP kini panas seperti mana panasnya cuaca di Sungai Limau.

DAP sebagai parti yang bergabung dalam Pakatan Haprak kini perlu membuktikan serta perlu menyahut cabaran yang di buat oleh Menteri Besar Kedah YAB Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir dengan segera kerana tempoh masa PRK Sungai Limau hanya berbaki sehari sahaja lagi.
JERAI 2 Nov - Penasihat DAP, Lim Kit Siang dicabar untuk mengibarkan bendera parti itu di tengah-tengah sawah dalam DUN Sungai Limau untuk melihat sejauh mana pengaruh parti itu dalam kalangan orang Melayu di negeri Kedah.
Cabaran itu dibuat oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir apabila Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam ceramahnya pagi tadi berkata, Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau dilihat sebagai ujian untuk menilai pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.
"Ayah saya ni dah bersara 10 tahun, tetapi Lim senior itu sampai ke hari ini masih ada lagi.
Lepas itu dia kata bapa saya pula yang mempunyai pengaruh, yang dia ini sampai ke hari ini masih lagi Ahli Parlimen menimbulkan dan melontarkan macam-macam dakyah yang macam-macam .
"Jadi saya ingat tak perlu kita layanlah, saya tak nampak pula bendera DAP di tengah-tengah bendang.
Boleh dia orang pasang tengok reaksi orang Melayu di sini yang tahu kerenah DAP yang begitu anti-Islam dan anti-Melayu," kata Mukhriz.
Mukhriz ditemui dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bayaran Elaun Sara Hidup Secara Tunai kepada 393 orang nelayan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau hari ini.  
Kepada Guan Eng , MMI nak bagitau satu perkara cabaran yang di buat oleh Menteri Besar Kedah tu di tujukan khas kepada Kit Siang.Jadi sebagai anak , Guan Eng takkan nak duduk diam ja kot ??

Bila lagi nak edarkan bendera DAP kepada jentera PAS di Sungai Limau supaya bendera-bendera tersebut dapat di pasang oleh jentera PAS di sawah-sawah sekitar Sungai Limau.

Kalau nak lagi cantik Guan Eng kena bawa mai bendera sebesar rumah supaya boleh di pasang di setiap bilik gerakan PAS barulah boleh kata Pakatan Haprak !!

Apa pun setakat entri ini di tulis puak-puak DAP ni masih diam lagi..Tak mau sahut cabaran Menteri Besar Kedah ka ????? Tak dak dot dot ka ???

Ada kawan MMI tanya , kalau puak DAP tu mai sungguh bawa bendera macam mana ? 

MMI jawab ang pi tanya puak PAS tengok depa mau dak !!!

Pssst Lepas kempen bendera DAP kena bagi dekat puak-puak PAS , boleh depa bawa balik buat selimut !!!

MMI

1 comment:

  1. Cabaran bodoh. Yang bertanding PAS ngan UMNO. Nape bendera DAP nak dikibarkan? Blogger yg siarkan cite dlm blog pun bodoh tak boleh diajar

    ReplyDelete

Labels