Followers

Wednesday, 27 November 2013

Kucing + Kurap = Kucing Kurap !!


Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini membidas tindakan rakannya dalam PR, Jeff Ooi Chuan Aun berhubung isu ‘kucing kurap’.

Menulis dalam laman mikro Twitter miliknya, Nik Nazmi berkata, “tak patut seorang ahli Parlimen seperti Jeff Ooi menggunakan istilah ‘kucing kurap’ terhadap pegawai kerajaan”.

Nik Nazmi turut menambah dalam ‘tweet’nya itu “sakit kot”, merujuk kepada perbuatan Ooi.

Dalam insiden berkenaan, ahli Parlimen Jelutong – DAP itu mengaku memberi label ‘kucing kurap’ kepada kepada beberapa pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana mereka tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di kawasannya.

Beliau juga tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

“You are insulting me by sending a lower officer itu ‘kucing kurap’ (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu ‘kucing kurap’)… kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan,” Ooi dipetik se bagai berkata.

Kelmarin, ketika lawatannya ke Pasar Jelutong dekat Georgetown, keadaan turut bertukar kecoh apabila seorang pekerja MPPP mendatangi Ooi dan menggesanya menggugurkan label ‘kucing kurap’ yang ditujukan kepada kakitangan bawahan MPPP.Baca Sini

Ooi bagaimanapun beredar daripada sidang media selepas diminta berbuat demikian dan menyerahkan majlis kepada Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah.

Mohd Rofi Osman, 58, yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun dengan MPPP berkata, beliau kesal dengan sikap Ooi yang seolah-olah tidak berasa bersalah dan memandang remeh permintaannya itu untuk menarik balik kenyataan itu.

Sementara itu, Pemuda PKR (AMK) Pulau Pinang hari ini turut tampil di Parlimen membidas kebiadapan Ooi terhadap penjawat awam berpangkat rendah dan MPPP. – Sinar Harian

Baca juga artikel di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels