Inilah wajah seorang pemimpin sebuah negara bernama Anggola yang telah membuat keputusan untuk mengharamkan agama Islam dan komuniti Muslim daripada terus berkembang.
Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan.
Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos (gambar) dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.
Sementara itu Rosa Cruz de Silva , Menteri Kebudayaan Angola berkata , tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’ dengan budaya penduduk di negara itu.
” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ikatan Muslimin Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.
“Tindakan mereka tidak masuk akal dan sangat melampau. Tindakan mereka tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” demikian tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.
Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengkategorikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.
“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.
“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Hindu, Yahudi dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” ujar Ustaz Fauzi.
Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang tidak berasas.
Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan kumpulan al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.
Sebenarnya jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di Angola.
Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dari pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.
“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana juga mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA.
Lihatlah bagaimana gerakan memerangi Islam secara terang-terangan kini sudah bermula.Walaupun pada hakikatnya gerakan seperti ini sudah berlaku sepanjang masa khususnya di bumi Gaza namun tindakan secara terbuka dengan arahan daripada seorang ketua negara jelas membuktikan betapa mereka-mereka yang punya dendam dengan Islam akan sentaisa menekan dan berusaha untuk menghapuskannya.
Sebenarnya kejadian seperti ini sudah lama berlaku malah jika di imbas kembali sejarah perang di Bosnia Herzegovina , Iraq , Afghanistan , Somalia dan lain-lainnya sudah pasti kita akan melihat orang-orang Islam lah yang akan di jadikan mangsa dengan pelbagai alasan yang kadang-kalanya langsung tidak munasabah.
Dalam sesetengah kejadian tindakan yang di ambil oleh banyak pihak cukup mengecewakan bahkan di lihat seolah-olah mendapat RESTU daripada mereka yang mengaku POLIS DUNIA.
Itulah cabaran yang harus kita depani dan bagi sebuah negara seperti Malaysia segalanya mungkin terjadi dan kita perlu hati-hati.Gerakan demi gerakan sudah dapat di lihat cumanya yang menjadi benteng kita setakat ini adalah KUASA BANGSA MELAYU yang di pertahankan oleh UMNO.
Mempertahankan serta memperkuatkan BANGSA MELAYU di bumi Malaysia bererti kita MEMPERTAHANKAN serta MEMPERKUATKAN ISLAM itu sendiri.Percayalah di bumi Malaysia MELAYU sinonim dengan agama ISLAM !! Sebut sahaja MELAYU sudah pasti mereka di luar sana akan tahu bahawa mereka ini beragama ISLAM.
Walaupun MMI tak nafikan segelintir darinya yang songsang , MELAYU masih menjadi BENTENG kepada Islam di MALAYSIA.
MMI
No comments:
Post a Comment