Hampir seminggu lebih berkampung di Sungai Limau membantu jentera Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil yang baru berakhir semalam , petang ini merupakan hari terakhir MMI di sini.Pada ketika ampa semua sedang membaca artikel ini MMI barangkali sudah berada di lebuhraya menghala ke destinasi seterusnya dan sudah pasti antara destinasi tetap adalah pulang ke kediaman bersama anak dan isteri yang mendoakan keselamatan MMI sepanjang berada di Sungai Limau.
Besar pengorbanan mereka dan sudah pasti dengan restu merekalah MMI mampu retus berjuang untuk membantu Barisan Nasional walaupun keputusannya PAS menang di Sungai Limau.
Di kesempatan ini MMI ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jentera sama ada yang berkampung mahupun yang berjuang dari jauh kerana setiap usaha itu memberikan kekuatan buat Barisan Nasional untuk terus utuh memberikan khidmat kepada rakyat di Malaysia.
Banyak kenangan dan pengalaman yang di timba di Sungai Limau sepanjang MMI di sana dan untuk makluman semua keputusan pengundian di Sungai Limau sedikit sebanyak telah membuka mata sesetengah dari kita bahawa jangan sesekali kita menidakkan keupayaan pasukan lawan apatah lagi kita berada di medan mereka.
Namun kita juga perlu ingat apa yang telah berlaku di Sungai Limau juga membuktikan pasukan dan jentera Barisan Nasional berjaya memberikan tekanan kepada jentera pembangkang sehinggakan mereka sendiri resah dengan situasi pada ketika 2 3 hari sebelum pengundian.
MMI melihat sendiri bagaimana jentera Wanita , Pemuda & Puteri UMNO bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab mereka.Malah hasil daripada garapan sebaik itu pasukan pembangkang pun hilang punca sampaikan beberapa kali mereka sendiri telah membuka pekung sendiri dengan penipuan dan kerja-kerja sabotaj yang akhirnya menjadi liabiliti kepada pasukan pembangkang.
Percayalah bukan mudah apabila kita berdepan dengan pilihanraya kecil seperti ini apatah lagi ianya berlangsung dalam kubu kuat parti lawan.Gandingan semua pihak sama ada di alam maya mahupun di lapangan amat penting kerana ianya menjadi faktor penentu sejauh mana senario politik sewaktu proses kempen berjalan akan di terjemahkan.
Apa pun MMI yakin di sebalik semua itu masih ada kekurangan di sudut-sudut tertentu yang rasanya perlu di perbaiki dari masa ke semasa oleh UMNO dan Barisan Nasional.Tak salah kita perbaiki kekurangan kerana ianya akan membantu usaha kita untuk yang seterusnya.
Percayalah apa yang telah berlaku di Sungai Limau merupakan pentas terbaik untuk kepimpinan kita bermuhasabah diri seterusnya dapat di jadikan sebagai kayu ukur bagi mempersiapkan jentera yang terbaik khususnya dalam kita berdepan dengan mana-mana PRK yang mungkin hadir selepas ini dan sudah pasti untuk menghadapi PRU14.
Kenangan dan pengalaman di PRK Sungai Limau amat berharga bukan saja kepada MMI tetapi juga kepada semua yang terlibat.Tahniah dan syabas buat semua yang telah bertungkus-lumus menggerakkan jentera UMNO dan Barisan Nasional di Sungai Limau.
Memetik kenyataan daripada Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Saudara Khairul Azwan Harun berkenaan dengan keputusan pilihanraya kecil di DUN Sungai Limau..
"Saya dapat melihat keyakinan rakyat sudah mula kembali kepada BN.Generasi muda sudah mula punyai pertimbangan ke arah masa depan.Bukan terlalu mengikut sentimen dan emosi semata-mata.Kita akui Sungai Limau adalah kubu kuat PAS apatah lagi Almarhum Ustaz Azizan adalah seorang pemimpin yang cukup di hormati oleh semua pihak.Saya ucapkan SYABAS kepada jentera pemuda BN yang bertungkus-lumus , walaupun kalah tapi kita berjaya mengurangkan majoriti hampir 1700 undi"
Terbaik semua !!!
MMI
semoga selalu jaya :)
ReplyDeletehttp://opalpriyawening.student.ipb.ac.id