Followers

Tuesday, 5 November 2013

Apa Kaum Cina Sudah Bersama BN ?? BUKTI Ke-2 DEPAN Mata !!


Di saat seluruh jentera sudah pun mengembleng tenaga bagi memberikan tekanan kepada jentera pembangkang di Sungai Limau kita juga jangan sesekali lupa bahawa masih ada yang kurang dan kerana kekurangan itulah Barisan Nasional masih GAGAL menawan Sungai Limau walaupun majoriti undi berjaya di kurangkan.

Sejak pusat mengundi di tutup pada jam 5.00 petang semalam , keputusan demi keputusan awal cukup untuk membuatkan petugas dan jentera Barisan Nasional mampu tersenyum kerana usaha mengerah keringat selama lebih dari seminggu berkampung di Sungai Limau menampakkan sinar kejayaan.

Kejayaan untuk merampas kembali DUN Sungai Limau dari tangan parti PAS semakin ketara sehingga jam 7 petang dan di saat itu Barisan Nasional masih mendahului walaupun PAS mengikuti rapat.

Sehinggalah peti undi PDM Bukit Besar tiba di pusat penjumlahan undi dan keputusannya PAS menang di DUN Sungai Limau menewaskan Barisan Nasional dengan majoriti 1084 undi.

Untuk makluman peti undi PDM Bukit Besarlah yang telah meranapkan harapan Barisan Nasional untuk mencatatkan sejarah malam tadi namun segalanya sudah tercatat apabila peti undi ini membawa jumlah undi sebanyak 1557 PAS manakala 443 BN dengan majoriti 1114.

Apa yang lebihnya peti undi ini dengan 8 lagi peti undi yang di menangi oleh PAS ? 

Peti undi PDM Bukit Besar merupakan kawasan kaum cina dan jika kita merujuk kepada keputusan di peti undi tersebut jelas mereka sekali lagi bersuara menyatakan bahawa KAMI TIDAK SOKONG BN !!

Ini adalah kenyataan dan dengan segala gerak kerja yang telah di lakukan oleh pucuk pimpinan terhadap pengundi kaum cina di Sungai Limau mereka (kaum cina) langsung tidak pernah berterima kasih malah mengambil sikap menolak dan berdiam diri.

Apa yang MMI mahu jelaskan di sini adalah HATI-HATI dengan strategi kaum cina kerana tindakan ini sebenarnya untuk mengaburi mata kita.

Jangan lagi kita DODOIkan mereka kerana mereka tidak pernah mahu berterima kasih.

Kepada pucuk pimpinan ini merupakan BUKTI Ke-2 selepas PRU13 yang lalu.Tak perlu rasanya kita menantikan bukti ke-3 dan seterusnya.

Jalan terbaik adalah DODOIkan bangsa kita dan orang kita , Insyaallah PRU14 ORANG KITA PERTAHANKAN KITA !!!!

MMI

7 comments:

  1. Aku berani potong telinga ...kalau pemimpin Melayu Boleh berubah ...terutama NAJIB bin TUN ABDUL RAZAK...Najib bapak libral yang bertopingkan Melayu dan memperalatkan orang orang Melayu.Najib and the gang akan susahkan Melayu......

    ReplyDelete
  2. kaum cina akan terus didodoikan dgn habuan juta-juta oleh PM dan TPM, selagi ada bulan dan mentari.. hebat sungguh janji mereka..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Bro,

    Mohon linkkan Blog saya. Selamat Berjuang. Terima kasih.

    nakhodakuale.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. ...sudah terang lagi bersuluh....mereka telah bersatu dalam khemah DAP yg jadi sekutu PAS....tapi Melayu masih berpecah atas nama Islam, sedangkan Islam mengajar umatnya bersatu....

    ReplyDelete
  5. Apa lagi Pm dan TPM ni nak janjikan kat cina2 ni?????Aku dah naik meluat dengan UMNO sekarang ni. Umno bodoh piang,Umno jahanam,Umno sial. Tolonglah tengok2kan bangsa MELAYU ni. Jangan jadi bodoh piang sangat

    ReplyDelete
  6. AKU KELIRULAH.........dalam berita TV Najib kata undi cina dah berpihak ke BN, TETAPI baca kenyataan di atas undi dari kawasan cina yang membuatkan BN tewas......MINTAK PENCERAHAN

    ReplyDelete
  7. Umat Melayu Islam di Malaysia ini tidak akan bersatu selagi wujud nya parti UMNO yang mementingkan idiologi perkauman lebih mementikan kroni dari rakyat jelata...lebih mementingkan kekayaan peribadi , anak anak dan keluarga dari rakyat serta mengamalkan rasuah ....hingga kiamat lah orang orang Melayu Islam tak akan bersatu di Malaysia ini....

    ReplyDelete

Labels