Sejak pagi tadi MMI berada di sekitar kawasan Sungai Limau memantau proses pengundian yang diadakan dan melihat sejauh mana PRK kali ini bakal mencatatkan sejarahnya.Sejarah yang MMI maksudkan adalah sejauh mana proses pengundian kali ini akan di corakkan.Adakah ianya akan menjadi DAMAI seperti mana yang di momokkan oleh puak-puak PAS sebelum ini atau menjadi paling terbaik dalam kalendar PRK.
Rupa-rupanya ternyata sejarah yang di catatkan kali ini hampir sama dengan sejarah PRK yang lainnya , petugas PAS dan jentera pembangkang nampaknya semakin tak tahan dengan tekanan yang di berikan oleh jentera Barisan Nasional khususnya pemuda sampaikan hilang sifat dan sikap Islam yang kononnya di perjuangkan.
Berdasarkan laporan dari salah satu pusat pengundian di Sungai Limau berlaku kejadian tumbuk menumbuk yang melibatkan petugas PAS dengan jentera pemuda.Kejadian tersebut bermula dengan cacian bertali arus jentera pembangkang kepada jentera Barisan Nasional sehingga mewujudkan ketegangan di kedua-dua belah pihak.
Insiden itu berakhir dengan pertengkaran dan tumbuk menumbuk sehingga menyebabkan 2 orang pemuda BN di belasah.Bagaimanapun pasukan polis yang bertugas berjaya mengawal keadaan.
Tidak ada gambar yang di ambil dan kebetulan MMI tidak berada di kawasan terbabit pada ketika itu.
Selain dari itu ada lagi insiden-insiden yang hampir sama berlaku apabila kejadian petugas PAS menunjukkan kemaluannya kepada petugas Wanita UMNO.
Manakala seorang jentera Wanita UMNO turut di cederakan oleh pemuda PAS hingga perlu mendapatkan rawatan.
Provokasi oleh jentera pembangkang sememangnya berlaku di Sungai Limau khususnya melibatkan jentera bermotor yang berarak sejak tengahari tadi.Seperti biasa kata-kata kesat di lemparkan terhadap petugas-petugas Barisan Nasional apabila konvoi bermotor ini melalui pusat-pusat pengundian yang di buka.
Apakah tindakan yang di lakukan oleh petugas dan jentera PAS itu benar-benar menunjukkan mereka benar-benar mengamalkan politik DAMAI seperti mana yang dilalakkan oleh pemimpin mereka ???
Rasanya TIDAK dan kerana itu PAS sebenarnya GAGAL mencorakkan orang sendiri dalam soal sekecil ini.Bayangkan orang sendiri pun begitu sukar untuk mereka corakkan agaknya bagaimana untuk mereka mencorakkan seluruh rakyat dan negara ???
Siapa pun MENANG di Sungai Limau , PAS sebenarnya jauh GAGAL apabila satu persatu sifat dan sikap jijik mereka di telanjangkan sepanjang PRK Sungai Limau.
PAS For All ?? Sorry bro tak layak pun !!!
MMI
No comments:
Post a Comment