Followers

Monday 4 November 2013

TERKINI Jentera PAS Sudah Mula Meninggalkan Sungai Limau #PRKSungaiLimau


Jentera PAS dari luar negeri Kedah kini di beritakan sudah mula bergerak keluar dari Sungai Limau dan meninggalkan sebahagian lagi yang masih berada di beberapa kawasan khususnya di sekitar pusat perkiraan undi dan bilik-bilik gerakan utama mereka.

Menurut laporan bilik-bilik gerakan pembangkang kini sudah mula di tutup dan ini seolah-olah memberi isyarat kepada kita ada sesuatu yang bakal terjadi.

Dalam mana-mana pilihanraya kecil sebelum ini khususnya di kawasan yang menjadi kubu kuat pembangkang , mereka khususnya jentera tidak akan sesekali meninggalkan kawasan selagi mana keputusan rasmi tidak di umumkan oleh SPR.

Namun ianya agak berbeza di Sungai Limau apabila berlaku sebaliknya.

Apakah ianya berpunca daripada keputusan tak rasmi yang memihak kepada Barisan Nasional ???

Untuk makluman , maklumat awal di katakan Barisan Nasional kini mendahului keputusan dengan memenangi peti-peti undi melebihi pembangkang.

Mudah cerita keputusan tak rasmi Barisan Nasional MENANG di Sungai Limau !!!

Apa pun sama-sama kita tunggu keputusan RASMI nanti.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels