Followers

Friday 1 November 2013

TABUR BENIH Lakonan Terbaik PAS Di #PRKSungaiLimau


Dengan tempoh masa berkempen yang tinggal 4 hari saja lagi di Sungai Limau , PAS nampaknya semakin terdesak dengan tekanan demi tekanan yang di berikan oleh jentera Barisan Nasional semenjak bermulanya hari penamaan calon.

Sedar akan permasalahan itu maka pemimpin PAS setelah habis pusing memikirkan tentang bagaimana cara dan kaedah terbaik untuk memancing undi telah memilih untuk membeli kain pelikat cap gajah dan turun ke bendang bagi membuktikan pemimpin mereka berjiwa rakyat dengan melakukan aksi akrobatik menabur benih padi dalam bendang yang di penuhi air.

Memang hebat dan aksi ini sudah pun di perakui sebagai aksi paling menarik sepanjang kempen di PRK Sungai Limau.

Sebagai orang kampung yang sering bergelumang dengan petak-petak sawah @ bendang sudah pasti ianya adalah aksi paling melucukan kerana benih padi yang di tabur itu langsung tidak kena dengan caranya.

Bagi MMI oklah kalau setakat nak tunjuk buat kerja dan mungkin selepas ini penyokong-penyokong PAS di Sungai Limau boleh menjemput mereka sekali lagi untuk melakukan aksi membajak sawah.Rasanya kalau nak lebih menarik biarlah aksi membajak itu menggunakan lori pick-up lain dari yang lain..Amacam ??

Apa pun aksi tersebut mendapat reaksi daripada penyokong PAS sendiri yang merasakan ianya cukup memalukan..


Mungkin selepas ini kita boleh bagi "award" kepada pelakon-pelakon ni !! Ada sapa-sapa nak sumbang hadiah ??

MMI

1 comment:

  1. Depa X lah bodoh piang sangat.
    Ayaq dah dikurangkan sebelum majlis bermula,
    tapi disebabkan berkat OBAT KUAT yg puak2 nih dok telan,
    ayaq tiba2 naik semula bila nak mula majlis.
    Cuba tanya Stopa Spenda...

    ReplyDelete

Labels