Pada ketika kita sedang berdepan dengan usaha pihak-pihak bukan Islam yang kini begitu lantang menuntut penggunaan kalimah Allah , kita seharusnya melihat kepada sejarah dan perkembangan yang pernah berlaku di serata dunia melibatkan agama atau orang-orang Islam.
MMI yakin dan percaya kekuatan sesebuah negara itu bergantung kepada sejauh mana kuatnya satu-satu bangsa atau kumpulan terbesar memiliki kuasa memerintah.
Ini tidak boleh di sangkal lagi bahkan sejarah yang tercatat sewaktu peristiwa peperangan di Bosnia , kekejaman terhadap kaum Rohingya di Myanmar dan lain-lainnya membuktikan bagaimana tanpa kekuatan bangsa dominan akan menyebabkan negara terlibat dalam kancah peperangan yang mampu mengundang malapetaka bukan sahaja kepada bangsa itu sendiri tetapi juga kepada negara.
Sebagai contoh sedarkah kita bahawa Indonesia punya penduduk yang beragama Islam paling ramai di dunia ? Apakah di sana wujud sebarang undang-undang mahupun akta-akta tertentu yang mengawal kedudukan agama Islam sekuat Malaysia ?
Kerana kekurangan itulah maka semua pihak di Indonesia bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing bahkan turut bebas untuk menyebarkan fahaman masing-masing.
Barangkali kerana itulah maka di Indonesia kita dapat lihat sejak sekian lama perkahwinan campur di antara Islam dan bukan Islam di bolehkan.
Apabila tidak ada sebarang undang-undang yang boleh memperkukuhkan serta membela agama Islam maka sedikit demi sedikit Islam di Indonesia di carik-carik.
Kesan daripada kebebasan ini jugalah yang menjadi faktor kepada kewujudan puak-puak mahupun gerakan-gerakan militan sehingga menyebabkan berlakunya pembunuhan di kalangan para pengamal agama dan ianya juga turut berlaku di negara-negara lain.
Mengapa ianya berlaku ? Sudah pasti kerana tindakan sesetengahnya yang membangkitkan rasa tidak puas hati atau kemarahan pihak-pihak tertentu dan tindakan sedemikian di ambil kerana tiada undang-undang yang boleh menyekat mahupun di jadikan sebagai batu asas untuk memastikan kedudukan satu-satu agama itu terjamin.
Malaysia masih beruntung kerana kita punya undang-undang dan perlembagaan yang termaktub sejak negara mencapai kemerdekaan.
Dengan JAMINAN itulah maka agama Islam di negara kita terbela.
Namun kita perlu ingat bahawa JAMINAN itu mampu di ubah sekiranya kita LALAI dan membiarkan mereka yang kini terlalu OBSES dan BERNAFSU menguasai tampuk pemerintahan negara.sumber
Dalam keberuntungan itu pun Malaysia tidak dapat lari daripada gerakan-gerakan yang mampu menggugat hala tuju pentadbiran negara yang kini di terajui oleh bangsa Melayu beragama Islam.
Malaysia sebuah negara berbilang bangsa yang cukup unik kerana kita masih MAMPU meletakkan Islam di kedudukan yang tertinggi.
Tetapi apakah kita masih MAMPU bertahan sekiranya bangsa dominan (Melayu) tidak punya kekuatan untuk terus berdepan dengan gerakan terancang seperti mana yang sedang kita lihat berlaku sekarang ??
Kena faham dan jangan lalai !! |
Hati-hati dengan agenda terancang ini kerana kesannya amat besar dan mampu memusnahkan apa yang kita pertahankan selama ini.
MMI
No comments:
Post a Comment