Followers

Monday, 6 January 2014

Di Saat Kita Bertelagah Sudah Ada Mereka Yang Merancang Ke MARIKH !!


Malaysia baru sahaja melaksanakan program tranformasinya itu pun dah macam-macam bunyi sampaikan ada pihak siap nak jatuhkan kerajaan melalui jalanraya.Pelik manusia ni kadang-kadang , seolah-olah di dunia ni semuanya nak percuma sahaja.

MMI bukan menuding jari kepada mana-mana pihak dan MMI sendiri akui bahawa kenaikan kos semestinya akan memberikan kita sedikit beban namun melihat kepada senario kedudukan ekonomi dunia pada ketika ini sesuatu harus di lakukan bagi memastikan negara punya kekuatan serta kedudukan ekonomi yang mampan.

Ini penting kerana tanpa kekuatan ekonomi sudah pasti sesebuah negara itu akan menghadapi masalah.Lihat sahaja bagaimana Somalia sampai ke hari ini terkial-kial berusaha untuk membangunkan negaranya.

Perlu diingat rata-rata rakyatnya terpaksa memilih untuk menjadikan kegiatan melanun sebagai pekerjaan harian di sebabkan faktor ekonomi dan masalah-masalah lain.

Apakah kita di Malaysia mahu atau sudah sampai ke tahap itu ???

Rasanya tidak maka oleh kerana itu kerajaan merancang untuk memastikan Malaysia terus mampu berdaya saing dengan dunia luar dalam matlamat untuk mancapai status negara maju menjelang 2020.

Namun untuk mencapai status itu rakyat perlu berkorban sedikit dengan menerima kesan kenaikan kos tertentu dan dalam keadaan ini pun kerajaan tidak meletakkan sepenuhnya beban ini di bahu rakyat malah pemberian subsidi yang berjumlah berbilion ringgit setiap tahun di teruskan.

Mungkin akan ada yang kurang bersetuju dengan MMI tetapi inilah hakikat yang perlu kita terima dan sama-sama mendepaninya agar segala permasalahan dapat di atasi dengan baik seterusnya mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Bukan dengan memaki hamun apatah lagi turun ke jalanraya untuk menggulingkan kerajaan.

Apakah tindakan menggulingkan kerajan melalui demontrasi jalanan mampu membawa kebaikan kepada seluruh rakyat di Malaysia ??

Tidak !! Sudah pasti ianya akan membawa lebih keburukan daripada kebaikan.

Kadang-kadang MMI terfikir di saat rakyat kita memilih untuk membangkang sudah ada mereka-mereka di luar sana yang hari ini sudah berkira-kira untuk ke Marikh malah tinggal di sana !!

The Hague: Seramai 1,085 daripada 200,000 pemohon sudah terpilih berlatih bagi misi tinggal di planet Marikh dengan sebahagian kos dibiayai sebuah rancangan realiti televisyen selepas mereka selesai menjalani latihan dan persiapan lain.

Bilangan itu akan dikurangkan kepada 24 orang yang akan dihantar melalui enam pelancaran bermula 2024, kata Mars One, sebuah organisasi sukarela Belanda yang terbabit dalam misi berani itu. Peserta juga perlu menerima bahawa perjalanan ke Planet Merah itu yang jaraknya 55 juta kilometer - atau enam bulan perjalanan dari Bumi, adalah sehala. Kos terlalu tinggi untuk menampung perjalanan pergi balik semua mereka.

Mars One berkata, seramai 1,085 terpilih untuk ke Marikh dari 140 negara itu sudah dimaklumkan pada 30 Disember lalu.

“Mereka dimaklumkan sebagai antara yang bertuah memenuhi kriteria termasuk bersemangat waja, memiliki pertimbangan yang baik, bijak, bebas dadah dan penyakit serta berbahasa Inggeris untuk menjadi perintis ke planet itu.



MMI

No comments:

Post a Comment

Labels