Followers

Friday 3 January 2014

Agak-Agak Guan Eng Layan Dak Budak Rafizi Tu ???


Nampaknya si Rafizi pun nak enterframe juga dalam isu pembelian MERCEDES oleh kerajaan rakus Pulau Pinang pimpinan Guan Eng.

Angin tak ada ribut tak ada tiba-tiba bikin panas ja si mamat lembut ni...


Auwww ....!! Pembelian Mercedes Benz S300L untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak kena pada masa dan satu publisiti yang buruk, kata ahli politik Pakatan Rakyat, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, walaupun mendapat nilai baik bagi kereta berkenaan, Lim sepatutnya menunjukkan sensitiviti kerana rakyat Malaysia kini melalui kesulitan hidup berikutan kenaikan harga dan pemotongan subsidi.

Rafizi yang juga ketua strategi PKR berkata, pembelian kenderaan mewah itu turut mengundang serangan daripada Barisan Nasional (BN) kerana isu berkenaan memberi peluru kepada mereka.

“Saya rasa inilah sensitiviti yang perlu ditunjukkan oleh ahli politik dari semua pihak, sama ada BN atau Pakatan, kerana rakyat sedang mengharungi kesulitan hidup dan 2014 akan menjadi tahun yang amat sukar.

“Sementara nilainya amat baik, saya tidak rasa sesiapa pun mempersoal keputusan untk membeli. Tetapi, saya berpendapat ia satu publisiti buruk yang membenarkan BN memanipulasi isu,” kata Rafizi yang dipetik oleh fz.com.

Ahli Parlimen Pandan itu berpendapat bagi Pakatan, perkara itu adalah satu isu “philosophical” yang gabungan itu perlu hadapi, dan mengingatkan ahli gabungan supaya jangan terjerlus ke dalam perangkap yang telah menjejaskan imej BN.

"Dalam kes kenderaan rasmi Pulau Pinang, saya rasa nilai untuk wang bagi kereta itu sangat baik. Jadi, ia satu keputusan pelaburan yang amat baik,” kata Rafizi, seorang akauntan terlatih seperti Lim.

"Tapi, pada masa yang sama ada semacam harapan daripada rakyat, lebih-lebih lagi terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, supaya tidak jatuh dalam perangkap yang menjejaskan BN.

“Satu daripada perangkap itu ialah sebaik sahaja anda mengisi jawatan awam, anda tertarik dengan benda-benda mewah dan mahal, dan gaya hidup anda tiba-tiba menjadi lain daripada biasa.

“Saya rasa itulah dilema dan kesukaran yang perlu diurus dan dikendalikan oleh Pakatan Rakyat,” katanya.

Kereta buatan Jerman itu dianggap murah kerana ejennya Lowe Motors Sdn Bhd memotong kira-kira RM262,000 daripada harga jualan RM657,218, menjadikan harga muktamadnya RM298,263.75 yang termasuk “diskaun khas” RM100,000 kerana ia model lama.

Rafizi berpendapat sementara pembelian itu tidak seiring dengan harapan dan persepsi rakyat, isu terbabit tidak akan teruk menjejaskan Pakatan.

Ia hanya akan menjadi peluru bagi BN apabila memberi reaksi dalam mempertahankan isu-isu seperti kegagalan menguruskan dana awam, katanya.

Rafizi yakin Lim dapat mempertahankan pembelian itu dan percaya rakyat akan menerimanya.

“Tetapi Pakatan kena berdepan dengan kecaman media buat satu dua minggu ini,” ujarnya.

Cuba ampa jawab soalan ini agak-agak nak ka Guan Eng layan dia ???

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels