Masih dengan cerita mercedes di Pulau Pinang !!
Kerajaan DAP Pulau Pinang membentangkan bajet defisit RM255.44 juta untuk tahun 2014 yang merupakan bajet defisit buat kali keempat berturut-turut selepas defisit RM262.04 juta untuk tahun 2013, RM213.71 juta (2012) dan RM107.78 juta (2011).
Walaupun begitu kerajaan negeri tetap membuat pembelian kereta mewah bagi kegunaan ketua menteri yang pada pandangan MMI lebih hebat dari PM sendiri yang hanya menggunakan kereta nasional sebagai kenderaan rasmi.
Alasannya kerana faktor keselamatan , HEBAT Guan Eng ni !!
Namun isu pembelian ini mengingatkan kita tentang kes DS Khir Toyo yang dihadapkan ke mahkamah oleh SPRM atas kesalahan melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah kerana membuat pembelian rumah dengan harga lebih rendah.
Kesudahan kes Khir Toyo yang dibicarakan hampir setahun menyaksikan beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan selain rumah tersebut dirampas oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Jika Khir Toyo yang membeli rumah dengan harga lebih rendah dari harga pasaran dianggap sebagai perbuatan pecah amanah dan rasuah oleh SPRM bagaimana pula dengan pembelian Mercedes-Benz S300L oleh Guan Eng yang diberikan turut diberikan diskaun?
Tidakkah SPRM wajar siasat proses pembelian tersebut - adakah diskaun yang diberikan kepada Guan Eng turut diberikan kepada pembeli lain seperti saya?
Apa yang membezakan dua kes ini adalah Khir Toyo membeli rumah dengan membuat pinjaman kewangan dari bank HSBC manakala Guan Eng membeli sebuah Mercedez-Benz menggunakan kewangan milik kerajaan Pulau Pinang.
Guan Eng beli untuk kegunaan kerajaan manakala Khir Toyo beli rumah untuk peribadi tetapi ketika proses pembelian dibuat kedua-dua mereka adalah Penjawat Awam.
Ada beza tu ?? Patut SPRM siasat tak ??
Baca artikel Seterusnya
MMI
No comments:
Post a Comment