Followers

Thursday, 16 January 2014

Campur Tangan Anwar , Khalid Bakal Di PECAT Dari Jawatan Menteri Besar ?!!


Isu Azmin Ali ' dipecat' sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bukan saja makin panas malah sudah jadi bahan lawak lebih dari cerita kartun.

Entah sistem pentabiran apa yang Kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan Rakyat negeri itu pakai hingga hal sekecil itu jadi kalut dan kusut.

Apapun kalangan pemerhati menilai ia secara langsung mendedahkan pekong yang sudah sukar ditutup lagi tentang pergeseran kuasa yang serius di negeri itu.

Bayangkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim boleh kata keputusan tak sambung Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah atas kehendak Pengurus Besar PKNS Othman Omar dan bukan keputusannya atau Exco Kerajaan Negeri.

Sebaliknya PKNS kemudian keluar satu kenyataan kata ia adalah keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Situasi jadi makin bercelaru tengahari Khamis bila Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar di ibupejabar PKR di Petaling Jaya berdiri di bekalang Azmin mahu beliau dikekalkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS.

Dakwanya perlucutan Azmin tidak sah dan tidak ikut peraturan.

Katanya Pengurus Besar PKNS tidak ada kuasa lucut mana-mana Ahli Lembaga Pengarah PKNS.

Tegas Anwar hanya Exco kerajaan negeri dan Menteri Besar saja yang boleh lucut jawatan Azmin.

"Maka,Azmin masih Ahli Lembaga Pengarah,"katanya.

Kini apa yang semua orang tunggu ialah apakah reaksi Khalid pada kenyataan terbaru Anwar ini.

Apakah beliau akan tunduk dan terima balik Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS atau tidak.sumber 

Komen MMI kalau dah sampai ke tahap tu punya dungu , puak-puak ampa tunggu apa lagi tuntutlah si Khalid tu letak jawatan kalau tak ramai-ramai pecat ja.

Bercakap saja buat apa soalnya BERANI ka ? Kalau setakat dok bincang ini semua drama ja lebih !!!

MMI

1 comment:

  1. mampus pentadbiran mcm ni...ada org lebih bkuasa dari MB...mantan banduan plak tu

    ReplyDelete

Labels