Followers

Thursday, 16 January 2014

Hentikan HINAAN Atau Berdepan Dengan Pemuda UMNO PP !!!


Tindakan menghina YAB Datuk Seri Najib Tun Razak oleh PKR Machang Bubuk Pulau Pinang semalam mendapat reaksi segera daripada Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.

Saudara Rafizal Abdul Rahim Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri PP dalam kenyataannya kepada media menyatakan dengan tegas bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Negeri mengutuk sekeras kerasnya perbuatan biadap dan ‘kurang ajar’ sekumpulan kecil penyokong PKR yang dikelolakan oleh ADUN PKR Machang bubuk

Sikap biadap kumpulan ini yang telah menyumbat masuk sayur kangkung ke mulut replika YAB Perdana Menteri merupakan tindakan mentaliti kelas rendah dan tidak akan membantu pun ke arah menurunkan kos saraan hidup. 

Tindakan ini hanya dilihat sebagai tindakan untuk meraih populariti murahan tatkala isu kenaikan harga barang menjadi topik hangat didalam negara kita.

Jika mereka ini bertanggungjawab, seharusnya mereka ini berganding bahu dengan Kerajaan untuk mencari punca kenaikan ini dengan melihat ‘supply chain’ khususnya kegiatan ‘orang tengah’ yang memonopolikan barang keperluan seharian.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung ini dalam semua saluran media. 

Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak katikkan.

Akhir sekali Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin memberi amaran dan pilihan kepada PKR Machang Bubuk untuk tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda UMNO jika masih berdegil!!!!!

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang 

Respon yang di tunjukkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Negeri PP di lihat tepat pada masanya sewaktu puak-puak bangsat cauvinist tak habis-habis dengan penghinaan terhadap kepimpinan negara dan orang-orang Melayu.

Seperkara yang MMI nantikan adalah kebangkitan pejuang-pejuang Melayu untuk menutup mulut puak-puak musibat ini.Bukan berniat untuk menghasut tetapi dalam keadaan hari ini rasanya puak-puak ini perlu di diamkan daripada terus di biarkan menari.

Seolah-olah mereka maksum dengan segala tingkah laku mereka !!

MMI

1 comment:

  1. ..atau berhadapan dengan Pemuda UMNO PP.....apa yang pemuda boleh buat yang orang cina takut! Last last sekali nanti KJ minta maaf atas tindakan Pemuda kepada orang cina. Macam kita tak tahu!!!

    alfie

    ReplyDelete

Labels