Followers

Friday 10 January 2014

Haru Biru Dia Ni !!!


Baru ja masuk 10 hari tahun 2014 dah timbul pula isu Sultan Melaka !! Walaupun banyak lagi isu-isu lain tapi melihat kepada lelaki yang mengaku Sultan Melaka ni , timbul pula rasa nak tinjau-tinjau apa cerita ??

Dengan penuh semangat dan keterujaan MMI pun mula menjalankan siasatan hahahaha...

Tapi baru seminit dua ..



Dalam masa yang sama Kerajaan Melaka turut menolak perakuan mana-mana individu yang mengaku sebagai Sultan Melaka. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri, sekali gus tidak mengiktiraf mereka yang kononnya mempunyai hak memerintah negeri ini menerusi sistem beraja. 

Kita sudah membuat keputusan secara berfakta untuk menolak sebarang usaha mendapatkan pengiktirafan oleh mana-mana pihak mengenai kesultanan Melaka termasuk pihak yang baru-baru ini menggemparkan masyarakat dengan upacara pertabalan raja Melaka kepada seorang individu. 

Apa juga bentuk dokumen yang ditunjukkan kepada kita adalah tidak sahih dan tidak boleh diterima pakai, termasuk sehelai kertas yang kononnya surat pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di sini semalam. 


Macam-macam cerita , lelaki yang di kenali sebagai Raja Noor Jan Shah yang mengaku sebagai Sultan Melaka ke-44 ini merupakan seorang ahli perniagaan dan mengaku sebagai Sultan kononnya setelah mendapat pengiktirafan daripada ICJ.

Hemm haru dia ni ...

Psst teringat MMI lagi sorang , ada di Pulau Pinang dok bangga kononnya dia ada ciri-ciri pimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz yang di iktiraf oleh puak-puak PAS.Huh dia tu pun kena jaga tu !! 

MMI

2 comments:

  1. Mamat ni Mental.......

    ReplyDelete
  2. Raja berduitlat nih!!! Hahaha.... Ampun tongku!!!

    ReplyDelete

Labels