Followers

Friday 10 January 2014

Mansuh Pusat Hiburan , Berani Ka Guan Eng Terima CABARAN Pemuda UMNO ?? @rrafizal @utaranews @jaharahamid @dzainalabidin

Gambar Hiasan
Bukan berniat untuk mempertikaikan mana-mana pihak tetapi berdasarkan kenyataan Guan Eng dalam twitternya mahu memansuhkan pusat hiburan di Pulau Pinang semata-mata kerana ingin mengikut jejak langkah Johor dan keinginan orang Melayu , rasanya seperti cakap kosong.


Apakah Guan Eng benar-benar mahu menutup pusat hiburan di Pulau Pinang ? Jika di teliti kenyataan tersebut ianya bermaksud semua pengusaha pusat hiburan bakal gulung tikar tatkala undang-undang ini di wujudkan.

Secara logiknya apakah Guan Eng benar-benar bersedia kerana mereka yang bakal menerima kesannya sudah tentu pengusaha pusat hiburan yang rata-ratanya adalah mereka-mereka daripada puak dan sebangsa dengan Guan Eng ?

Bersedia benarkah Guan Eng untuk mendengar suara hati orang-orang Melayu dan mengorbankan bangsa sendiri ?

Walaupun tak di nafikan pengunjung pusat hiburan terdiri daripada pelbagai bangsa , tapi MMI tak nampak Guan Eng benar-benar serius dalam hal ini.

Dalam masa yang sama kenyataan ini kemudiannya di sahut oleh Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang melalui Ketua Pemudanya saudara Rafizal Abd Rahim.Beliau mencabar Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri supaya segera memansuhkan semua jenis pusat hiburan di Pulau Pinang.


KENYATAAN MEDIA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG
BERKAITAN KENYATAAN KETUA MENTERI PULAU PINANG , LIM GUAN ENG DILAMAN TWITTER MILIKNYA BERKAITAN PEMANSUHAN PUSAT HIBURAN DI PULAU PINANG
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri telah membaca komen Lim Guan Eng didalam twitter beliau dimana beliau menyatakan tertarik dengan tindakan YM Menteri Besar Johor dengan memansuhkan Pusat Hiburan. Beliau juga akan menuruti langkah memansuhkan Pusat Hiburan ini di Negeri Pulau Pinang jika ini adalah kemahuan orang melayu di Negeri Pulau Pinang.
Dalam hal ini Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin meminta penjelasan beliau yang menyatakan akan menutup pusat hiburan ini jika hanya ada kemahuan orang melayu sedangkan kita sedia maklum bahawa semua bangsa dan kaum mengunjungi Pusat Hiburan ini. Kenyataan berbau 'rasis' sebegini tidak sepatutnya keluar daripada Ketua Menteri yang mentadbir sebuah negeri yang mempunyai berbilang bangsa
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri juga ingin meminta dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang melaksanakan apa yang telah beliau nyatakan di laman twitternya. Kita tidak mahu beliau hanya 'bercakap kosong' untuk menjuarai hati rakyat Pulau Pinang. Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau perlu memperlihatkan kesungguhan dalam menangani gejala sosial bukan sahaja di kalangan orang melayu tetapi semua Kaum di Pulau Pinang. Sudah sampai masanya Ketua Menteri Pulau Pinang 'belajar' mengotakan apa yang beliau telah janji atau ungkapkan.
Akhir sekali Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang SEGERA memansuhkan semua jenis Pusat Hiburan di seluruh Pulau Pinang selaras dengan penulisan beliau di laman twitternya.
Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
Isunya mudah sahaja , bila si ketua menteri ni dah bercakap maka tibalah masanya untuk melaksanakan pula.Jangan lah nanti spin sana sini kata tak sebut la , pandangan peribadi , saja melawak , bikin panas dan macam-macam cerita yang boleh di buat sebagai perisai.

Maklumlah di Pulau Pinang ni Mansor pernah kata , ada lagi tokong selain daripada yang dok ada di beberapa tempat sekitar Pulau Pinang.

Hmm apa kena mengena tokong dengan isu ni ??


Tak ada apa pun cuma nak ingatkan ja sebab takut kalau tokong dah tentu diam dan bisu macam tokong-tokong lain juga !! 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels