Setiap yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya dan begitu jugalah dengan kita , dalam semua keadaan kadang-kalanya kita tidak dapat lari dari melakukan kesalahan.
Kesalahan itu pula pelbagai dan ada di antaranya langsung tak nampak dengan mata kasar.
Kita sering mendengar ungkapan makan free itu sedap !! Tapi kita lupa yang membayar itu kadang kalanya sampai mengucap !!
Orang tua-tua selalu berkata memang seronok bila mengata , tapi kita lupa macam mana kalau kita pula jadi mangsa !!
Melayu selalu pesan takkan Melayu hilang di dunia tapi kita lupa yang hilang bukan Melayu tapi budaya dan adat resam !!
Meludah itu senang tapi nak mencuci itu buat kita berang !!
Bergaduh pula mesti nak menang tapi kita lupa rasa sakit tu kita sorang-sorang.
Bermacam-macam ragam manusia hari ini dan kita sebagai rakyat Malaysia sebenarnya sedar dan faham bahawa setiap yang berlaku itu memerlukan usaha.
Malaysia sebagai sebuah negara merdeka yang punya rakyat berbilang kaum sudah menempa nama di persada dunia.Segalanya sudah pasti memerlukan permulaan dan permulaan itu sebenarnya meletakkan kita di antara berjaya dan kecewa.
Jadi dalam dunia hari ini kita sebenarnya sedang menuju ke satu titik yang hanya boleh di bayangkan , selagi mana ianya tidak tiba maka kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang dan dalam setiap perancangan itu sudah pasti ada kelemahan.
Untuk berjaya kelemahan itu mesti di perbaiki dan untuk perbaiki kelemahan ini kita jangan sesekali menuding jari sesama sendiri kerana yang lebih perlu ketika ini adalah menguatkan jari-jari daripada selalu makan hati.
Apa pun yang kita cari , sebagai bangsa Melayu dan rakyat Malaysia kita kena ingat satu perkara ..
Biar apa pun berlaku jangan sampai kena SUMPIT !!
MMI
No comments:
Post a Comment