Gambar Hiasan |
Isunya apabila YAB Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan ucapannya di Kemaman Terengganu sewaktu menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir semalam.
Habis kecoh tentang kangkung sampaikan ada yang jadi obses kerananya.
Semuanya bermula apabila dalam ucapan Najib , beliau memberikan contoh mudah tentang sikap sebahagian daripada kita yang sering merungut tentang kenaikan harga barang namun apabila ada harga tertentu contohnya kangkung yang turun tidak ada mana-mana pihak memuji kerajaan.
Rentetan itu banyak pihak di lihat menyindir kenyataan Perdana Menteri.
MMI faham dalam situasi seperti hari ini ada di kalangan kita yang sedikit terbeban kerana kenaikan kos tetapi dari apa yang MMI perhatikan rakyat masih boleh berbelanja cumanya sedikit pemantauan di perlukan agar perbelanjan itu berhemah.
Berbalik kepada isu kangkung ternyata apa yang berlaku membuktikan betapa pihak-pihak yang menyindir itu langsung tidak sedar bahawa mereka sebenarnya memalukan diri sendiri.
Untuk makluman kenyataan Najib itu hanyalah sekadar satu contoh yang sebenarnya rasional dengan semua pihak tanpa mengira kedudukan.
Apa masalahnya memberikan contoh kangkung ?
Rasanya pihak yang menyindir itu pasti punya masalah kerana contoh yang sebegitu mudah pun sukar di fahami melainkan mereka-mereka itu dengan sengaja punya agenda tertentu untuk menghentam kepimpinan Najib.
Tak ada isu pun sebenarnya...ramai kat luar sana tanpa mengira pangkat makan kangkung apa !!
MMI
kangkung kan sedap dimakan, apa masalahnya, halalkan, kalau sayur lain mahal ada lagi sayur yang lain. kita ada pilihan, sayur yang aku tanam sekarang pun tak menjadi dek kerana cuaca tak menentu..apa ke bagang lah
ReplyDelete