Followers

Monday 20 January 2014

Kalimah ALLAH , Tangkap Sahaja PENDERHAKA-PENDERHAKA Itu !!!!!


Isu tuntutan kalimah Allah yang masih belum selesai rentetan daripada usaha berterusan pihak kristian di Malaysia yang tetap mahu menggunakan kalimah itu mendapat reaksi daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Rasanya entah kali ke berapa pimpinan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam di Malaysia mengeluarkan kenyataan mereka.Cuma kali ini rasanya kalau masih ada pihak-pihak di luar sana yang masih mempertikaikan larangan pemggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam memang patut di kenakan tindakan !

Kalimah Allah adalah hak eksklusif milik umat Islam tegas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Berikutan itu, baginda bertitah kalimah Allah perlu dihormati semua pihak dan dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain.

Perkara itu dinyatakan baginda melalui titah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-86 yang dibacakan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, selaku Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

"Ketetapan sudah jelas dibuat misalnya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1986 bahawa beberapa istilah serta kalimah menjadi hak eksklusif milik umat Islam dan perlu dihormati.

"Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlulah dihormati," titah baginda.Baca Selanjutnya 

Merujuk kepada kenyataan di atas jelas sekali pihak-pihak berwajib sudah pun boleh bertindak terhadap mereka-mereka yang terlibat.Menafikan titah baginda bererti menderhaka kepada Yang di-Pertian Agong dan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong membawa maksud PENGKIANAT !!

Jadi apa takut ? 

Humbankan sahaja mereka-mereka itu ke dalam !! Habis crita ...  

MMI

1 comment:

  1. WE SUPPORT PEACE BUT WE ARE READY FOR WAR....

    ReplyDelete

Labels