Followers

Sunday, 12 January 2014

Kembalikan Akta ISA , Tony Phua Bakal Peserta Pertama ?!!


Saya belum lagi mendengar sebarang permohonan maaf secara terbuka dari Tony Phua pada seluruh penjawat awam Melayu yang dihinanya sebagai “anjing” meskipun hampir setiap hari ada saja kumpulan yang mendesak dia berbuat demikian. Apa yang Tony buat hanyalah berdolak-dalik mempertahan dirinya.

Apa yang menyebabkan Tony Phua dimarahi orang ramai? Sebab dia menghina penjawat awam khususnya yang berbangsa Melayu. Lepas menimbulkan kemarahan rakyat, dia enggan minta maaf. Dari sudut perundangan, apakah Tony Phua boleh ditahan dan dipenjarakan atas tindakannya itu?

Provokasi terhadap penjawat awam yang kuat berbaur perkauman itu jelas mengancam keharmonian kaum  yang sebelum ini memang semakin tercemar ekoran sikap ramai pemimpin pembangkang yang membakar api perkauman di negara kita. Bertambah marak pula dengan provokasi Kristian terhadap keistimewaan agama Islam berhubung kalimah “Allah”, ramai yang gusar dengan suasana ini.

Dulu, negara kita pernah terpalit insiden “hitam” yang menyaksikan peristiwa berdarah, 13 Mei 1969, di mana terjadi pergaduhan besar di antara kaum Cina dengan bangsa Melayu. Ordinan Darurat terpaksa dikuatkuasakan ketika itu.

Ketika Tun Dr Mahathir mentadbir negara dulu, beliau pernah melaksanakan “Ops Lalang” di mana ramai pemimpin dan tokoh telah ditahan bagi membendung kejadian 13 Mei berlaku. Ketika itu, bibit-bibit provokasi mula timbul dari lidah puak pembangkang, khususnya DAP, yang mempertikai keistimewaan Melayu dan agama Islam.

Mungkin tidak mahu peristiwa 13 Mei berlaku, tak mahu bangsa Melayu dan bumiputera mengamuk sekali lagi membelakangkan undang-undang negara, maka Tun Dr. Mahathir memutuskan supaya golongan yang suka mengancam emosi rakyat itu ditangkap buat sementara waktu.

Itulah gunanya ISA. Satu akta yang sangat ditakuti oleh para pemimpin pembangkang, terutama DAP. Kenapa mereka takut? Kerana itulah satu-satunya akta yang mampu menghalang mereka melakukan provokasi, memfitnah dan menimbulkan kekacauan emosi rakyat…

Mungkin mereka sedar bahawa ISA sangat ampuh bagi mematahkan gerakan dan strategi mereka memburuk-burukkan kerajaan, maka mereka serang serta mendesak agar akta itu dimansuhkan.

Baru-baru ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan bahawa beliau menyokong penuh jika akta ISA kembali diwujudkan di negara kita. Mungkin dari pengalaman beliau melihat senario keadaan negara yang semakin terusik emosi dan sikap beberapa pihak yang semakin “kurang ajar”, maka beliau menyarankan agar akta itu dikuatkuasakan semula.

Melenting betul Tony Phua atas kenyataan KPN itu. Dia marah. Dia suruh Khalid dihantar ke “sekolah” demokrasi dan hak asasi manusia. Dia berhujah merujuk pada negara dunia ketiga, Myanmar, yang membebaskan tahanan politik dan menjanjikan perubahan demokratik di negara itu.

Myanmar? Negara ketiga yang dirujuk Tony Phua? Negara yang menekan dan membiarkan etnik Rohingya dibunuh di wilayah Rakhine? Kenapa Tony Phua tidak rujuk pada negara yang lebih maju seperti Singapura dan US? Tony mahu Malaysia mundur ke belakang? Memang dangkal hujah pemimpin DAP ini…kan?

Siapa yang perlu di”sekolah”kan sebenarnya? Khalid Abu Bakar atau Tony Phua sendiri? Tony cetus kekecohan dan membakar api kemarahan bangsa bumiputera, manakala Khalid pula yang terpaksa terima laporan polis dan memadamkan “api” yang dicetus Tony Phua itu? Banyak cantik?!

Dia sedap-sedap maki hamun, hina orang ramai, bakar api perkauman dan cemar keharmonian bangsa, tapi orang lain pula yang terpaksa selesaikan “tahi” yang dibuat? Sudahlah dia enggan mohon maaf, dia marah pula pihak yang cuba mengawal keamanan negara?

Sepatutnya Tony Phua perlu di”sekolah”kan. Kalau dia masih budak, saya sarankan dia di”sekolah”kan di Henry Gurney. Tapi dia sudah tua bangka, maka saya sarankan agar Tony di”ajar” ISA saja. Kembalikan ISA dan akta itu akan mengajar Tony untuk menjadi warganegara Malaysia yang baik.

Saya yakin, belum ada undang-undang khas yang diwujudkan untuk menangani masalah provokasi melampau. Kalau ada pun, ia kurang berkesan sebagaimana akta ISA. Bila ISA dimansuhkan, maka segalanya semakin tidak terkawal. Ditambah pula pembangkang di negara kita bertuankan “DAP”, maka provokasi itu dilakukan “ala 13 Mei”, cuma kali ini mereka sudah bersedia dengan barisan peguam yang hebat dan mampu putar belit di kamar mahkamah.

Saya sebagai warganegara yang mahu melihat negara kita kembali aman, keharmonian kaum kembali subur dan kehidupan yang lebih tenang ingin menyarankan pihak KDN supaya mengusulkan pada PM supaya ISA dikembalikan ke negara kita dengan kadar seberapa segera.

Mungkin ISA tidak dapat menyelesaikan semua perkara, namun saya yakin ia mampu mencegah dan mematahkan banyak perkara negatif yang semakin menjadi-jadi serta mengganggu rakyat. Harap KDN lebih berani demi masa depan tanahair kita…sumber 

Sejak akta ISA di mansuhkan , suara-suara yang mahukan akta ini di kembalikan semakin kuat kedengaran.MMI yakin semuanya kerana rakyat sudah dapat melihat betapa pembangkang sebenarnya tidak ikhlas sewaktu mendesak kerajaan untuk memansuhkan akta tersebut.

Setelah di mansuhkan , mereka (pembangkang) semakin melampau malah menjadikan alasan kebebasan bersuara sebagai platform untuk melakukan lebih banyak tindakan biadap lagi bangsat di bumi Malaysia.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels