Followers

Saturday 11 January 2014

Penjawat Awam aka AGEN 007 !!


Dari apa yang MMI sedia maklum , setiap penjawat awam yang di terima untuk berkhidmat dengan kerajaan akan membaca AKU JANJI sebagai salah satu daripada prosedur yang di tetapkan untuk memastikan segala perkara berkaitan dengan bidang tugas dan pekerjaan masing-masing di laksanakan seAMANAH mungkin.

Bukanlah satu SUMPAH yang rasanya jika di langgar akan menyebabkan individu itu akan terus di humban ke NERAKA tetapi sebagai satu janji yang boleh membimbing kita menjadi seorang manusia yang tahu bersyukur serta terpuji.

Jangan main-main dengan AMANAH kerana ianya juga boleh mengundang dosa buat kita.

Ada sesetengahnya berkata membaca AKU JANJI sekadar membaca tidak di zahirkan dengan niat yang ikhlas maka ianya tidak tertakluk di bawah JANJI tetapi sekadar berucap.

Hmm bukankah itu sahaja sudah menjadikan kita tidak AMANAH ??

Tak pastilah MMI , tapi mungkin apa yang MMI catatkan di atas sana antara sebab mengapa dokumen-dokumen serta maklumat penting kerajaan boleh tersebar di laman facebook dan blog-blog pembangkang.

Mungkin banyak sangat orang kita nak jadi agen 007 agaknya !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels