Followers

Sunday, 12 January 2014

Giliran Jamil Khir Di Cabar Letak Jawatan !!


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, harus mengambil iktibar dari pandangan orang ramai kerana bukan semua yang senang dengan “kelembutannya.”

Beliau tidak boleh cakap berlebih-lebihan atau tunjuk kuat namun kita faham tujuan kenyataannya mententeramkan kemarahan umat lslam berhubung isu paderi kristian yang didakwa mencabar sistem perundangan dan Yang  diPertuan Agong.

Ini merujuk kenyataan menteri berkenaan yang dibuat dalam satu sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Seminar Pengarah-pengarah Korporat LembagaTabung Haji ke6 di Petaling Jaya Jumaat.

Dalam sidang media itu Jamil dipetik meminta semua pihak mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu kalimah Allah.

Tidak senang dengan pendirian Jamil, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Sabtu terpanggil mengeluarkan kenyataan jauh lebih pedas dengan membidas pendirian menteri berkenaan.

Harussani yang kecewa meminta Jamil meletakkan jawatan sahaja sekiranya takut bertindak terhadap Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew dan mereka yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung larangan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.

Paderi berkenaan dakwa Mufti Perak itu secara jelas telah mencabar keputusan Mahkamah Rayuan dan Yang di-Pertuan Agong apabila dengan megahnya menyatakan semua gereja Katolik di Selangor akan menggunakan kalimah Allah.

“Ini sudah mencabar mahkamah, bahkan mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong. Kenapa itu kita biarkan lagi. Saya tengok dalam televisyen malam tadi, menteri sendiri, Jamil Khir kata, jangan bising-bising, tunggu sahaja keputusan mahkamah.

“Mahkamah sudah buat keputusan, jadi apa lagi hendak tunggu? Kalau sebegitu lemah hendak jadi seorang menteri, saya kata letak jawatanlah," ujarnya. Kenyataan itu disiarkan  dalam satu program bual bicara agama di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak Sabtu.

Dalam kenyataannya, Mufti Perak itu juga meminta pihak berwajib mengambil tindakan terhadap orang Melayu yang menghadiri perhimpunan solidariti penganut Kristian di sebuah gereja di Klang baru-baru ini kerana tindakan mereka itu seolah-olah menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

“Hari ini kita lihat apabila isu kalimah Allah ini timbul, Ada orang Melayu, pergi ke gereja di Klang, bawa bunga dan bersama-sama menyanyi. Jadi, orang Melayu menggalakkan benda itu dan sepatutnya orang itu ditangkap," katanya.

Menurut beliau, isu kalimah Allah bukan sesuatu yang baharu tetapi telah dibincangkan sejak 1980-an lagi dan sebuah pertubuhan Islam liberal antara yang memperjuangkan kalimah tersebut digunakan oleh bukan Islam.

Harussani juga menegaskan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah minggu lalu adalah sah.sumber

Apa yang di katakan oleh Mufti Perak itu ada benarnya , tindakan pihak gereja khususnya Paderi Lawrence Andrew jelas telah mencabar keputusan Mahkamah Rayuan dan Yang di-Pertuan Agong apabila dengan megahnya menyatakan semua gereja Katolik di Selangor akan menggunakan kalimah Allah.

Berdasarkan kenyataan itu jelas mereka sama sekali sudah pun melakukan satu kesalahan malah pada pandangan MMI ianya sudah sampai ke tahap mengistiharkan PERANG apabila turut mencabar keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Soalnya sampai bila kita asyik-asyik berlembut ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels