Tergamam seketika , seluruh kaki dan tangan termasuk badan rasa menggigil tatkala mendapat perkhabaran bahawa kerajaan Malaysia bakal memiliki pesawat secanggih Air Force One !! Wooo belum pun reda isu tuduhan kerajaan membeli pesawat khas mewah kini timbul pula isu Air Force One ala Malaysia.
Siapakah yang bakal menaiki pesawat terbabit ?? Yaaaaa sudah tentu PM takkan si Nuar kan ??
Persoalan pertama apakah kewajaran kerajaan Malaysia memiliki sebuah pesawat secanggih ini ??
Pastinya pelbagai tanggapan dan pandangan daripada banyak pihak akan menjadi topik utama di media-media selepas ini maklumlah perkara pertama yang akan timbul adalah duit rakyat di gunakan tatkala rakyat sedang berdepan dengan pelbagai masalah khususnya kos kenaikan harga barang.
Maka sudah pastilah pihak yang lagi satu akan menggunakan ruang dan peluang ini sebaik mungkin , seluruh jentera akan di gerakkan untuk menghentam kerajaan dengan menjadikan pembaziran duit rakyat sebagai MOTIF utama.
Huh pastinya kerajaan akan di hentam sekali lagi , barangkali juga penasihatnya akan menjadi sasaran lagi , UMNO pula sudah pasti menjadi mangsa kepada segalanya.
Apa lagi yang harus kita lakukan ????
SABAR ! SABAR ! SABAR !
Kepada semua pihak khususnya puak pembangkang , jangan cepat melatah sebenarnya kerajaan tidak sampai ke tahap itu.Tidak ada SEBARANG PEMBELIAN pesawat secanggih Air force One untuk membawa PM atau mana-mana pihak.
Segalanya hanya berlaku dalam perbualan MMI bersama rakan-rakan sebentar tadi sewaktu sesi sembang santai.Imaginasi tentang apakah yang bakal berlaku sekiranya kerajaan Malaysia membeli pesawat secanggih Air Force One.
Maafkan MMI sekiranya apa yang ampa semua baca di atas sana mengganggu ketenteraman jiwa atau melibatkan kecederaan mana-mana anggota badan kerana bukan niat untuk berbohong tapi sekadar berkongsi cerita dengan kawan-kawan.
Samalah juga dengan isu berupa tuduhan yang mengatakan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beli kapal terbang baru seperti yang disebarkan di blog-blog sejak Khamis lalu.
Berita yang tidak berasas itu sudah pasti mengganggu ketenteraman jiwa banyak pihak termasuk kerajaan Malaysia.
Berikut adalah kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri berkenaan tuduhan tersebut..
Bayangkan bagaimana tuduhan sedemikian menyebabkan banyak pihak jadi susah !! Jadi kepada pihak-pihak di luar sana tu jangan terlalu OBSES sangat nak menghentam sebab bila dah sampai tahap KETAGIH perkara yang bukan fakta dan tak masuk akal pun akan jadi cerita.
So selesai sudah tugas MMI nak berkongsi cerita masa minum dengan kawan-kawan tadi...
Tapi kan kalau Malaysia punya pesawat macam Air Force One pun rasanya ok apa !! Sebabnya nak pastikan setiap urusan negara dengan pihak luar berjalan lancar dan yang lebih penting KESELAMATAN !!
Aisey takkan tak boleh kot , Guan Eng steady ja pakai Mercedes Benz harga ratus-ratus juta diskaun tak ada masalah pun !! Depa pun kata pembelian tu atas faktor keselamatan apa !!..
So ??
MMI
No comments:
Post a Comment