Followers

Friday 10 January 2014

Mercedes Guan Eng Tu Malik Kassim Punya Ka ?!!


Kacau ! apa betoi ka kereta mercedes Guan Eng tu Malik Kassim punya ??

Hah tu dia macam mana pula boleh tukaq ni ? Bukan ka kereta tu kerajaan negeri Pulau Pinang yang empunya ? Ish ish ribut-ribut...

Sejak isu pembelian kereta mercedes oleh kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini banyak mata kini memandang ke arah pentadbiran kerajaan Guan Eng.

Isu melibatkan pembaziran wang rakyat kini bergema di seluruh negeri bahkan di seluruh negara mempertikaikan mengapa dalam keadaan kerajaan negeri sudah memiliki Toyota Camry yang baru di gunakan tak sampai 2 bulan yang lalu secara tiba-tiba timbul pula Mercedes yang di akui pembelian dan di khususkan untuk kegunaan ketua menteri Lim Guan Eng.

Antara alasan yang di berikan adalah faktor keselamatan dan penjimatan kos penyelenggaraan.

Pelbagai pihak kemudiannya tampil mempertikaikan tindakan kerajaan negeri tentang pembelian ini sehinggakan pembangkang hilang arah hingga terpaksa melakukan fitnah bagi mempertahankan persolan demi persoalan yang nampaknya sukar di jawab oleh mereka.

Rentetan daripada itu tampillah hero pembangkang di Pulau Pinang , Datuk Abdul Malik Abdul Kassim Exco kerajaan negeri dalam cubaannya untuk mempertahankan pembelian mercedes tersebut.

Dalam satu kenyataan Malik mengaku bahawa beliau adalah pemilik kereta mercedes tersebut.


Kenyataan ini bukan sengaja di buat-buat tetapi di laporkan oleh portal pro pembangkang Klik Sini.

Namun tindakan itu sebenarnya menyebabkan keadaan semakin rumit apabila berdasarkan pengistiharan harta oleh pemimpin pembangkang di Pulau Pinang sebelum ini jelas memperlihatkan Malik tidak memiliki sebarang kenderaan atas nama mercedes.

Beliau didapati hanya mempunyai kenderaan jenis Proton Tiara, Honda CRV dan yang terbaru, Ford Ranger.


Menjadi tanda tanya kepada banyak pihak kenapa Malik Kassim mengaku sebagai pemilik kenderaan mewah mercedes sedangkan dalam pengistiharan hartanya jelas menunjukkan beliau langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kenderaan tersebut ?

Merujuk kepada blog Dr MiM , jelas menunjukkan Malik Kassim menafikan sebarang pembelian kereta mewah mercedes oleh beliau dan hanya menggunakan kenderaan rasmi milik kerajaan negeri.


Persoalannya jika Malik Kassim boleh menafikan keterlibatan beliau dalam pembelian kereta mewah mercedes tersebut bagaimana boleh timbul isu tentang beliau adalah pemilik kenderaan mewah terbabit seperti mana yang di keluarkan oleh portal TMI ?

Apa mungkin portal TMI telah tersalah menyiarkan kenyataan Malik Kassim ?

Jika ini berlaku rasanya Malik Kassim perlu segera bertindak mengarahkan pihak TMI agar segera menarik balik kenyataan tersebut atau menyaman sahaja portal terbabit.

Dalam masa yang sama pertikaian turut berlaku apabila Malik Kassim mengaku sebagai pemilik kenderaan mewah mercedes tersebut sedangkan pembelian itu di lakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Apakah kewajaran pembelian kenderaan milik kerajaan negeri dengan pemiliknya adalah Malik Kassim seorang anggota Exco kerajaan negeri ? 

Seolah-olah duit rakyat Pulau Pinang di laburkan untuk membeli sebuah kenderaan mewah buat Malik Kassim ? 

Apa pun sebagai Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang , Malik Kassim perlu segera menjawabnya ! sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels