Followers

Monday 13 January 2014

Perang Besar Kini Tercetus Di Selangor


Perang besar yang kini sedang berlaku di Selangor menceritakan segala-galanya.Tindakan Khalid mengugurkan Azmin daripada ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dilihat banyak pihak sebagai perang politik antara kedua-dua pemimpin berpengaruh itu.

Keputusan itu juga dianggap sebagai tindakan drastik Abdul Khalid dalam usaha 'menyepit sayap' Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa itu menjelang pemilihan parti pertengahan tahun ini.

Tu dia bangkai kalau dah lama sangat sudah pasti akan menyebabkan banyak pihak terhidu baunya dan bau yang membusuk itu bukan sahaja boleh bikin kepala pusing tapi juga mendatangkan penyakit kepada sesiapa jua yang berada di sekitarnya.

Justeru itu kerana bau yang semakin kuat dan bangkai yang sudah mula terburai , sesuatu harus segera di lakukan sebelum ianya lebih parah dan mendatangkan bahaya kepada banyak pihak.

Serentak dengan itu usaha untuk mendamaikan perang saudara ini mula di susun.

Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggesa campur tangan kepimpinan parti itu diperingkat pusat berhubung pentadbiran kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausahanya, Amirudin Shari berkata, beberapa keputusan terbaru Abdul Khalid dalam pentadbirannya terutama dalam isu pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan persetujuan melaksanakan Loji Air Langat 2 (Langat 2) dilihat membelakangkan parti.

Tegasnya, sebagai Menteri Besar yang mewakili PKR, Abdul Khalid perlu merujuk kepada kepimpinan pusat sebelum membuat keputusan penting khususnya membabitkan kepentingan rakyat di Selangor.

"Dalam isu pengguguran (Mohamed) Azmin (Ali), asasnya (pertimbangan) adalah sangat mudah iaitu dalam operasi (pentadbiran) biasa, sebarang pelantikan atau pengguguran ahli dalam GLC perlulah dirujuk terlebih dahulu kepada parti.

"Tapi perkara ini tidak berlaku, jadi kita tuntut penjelasan daripada Menteri Besar. Malah kita juga berharap kepimpinan pusat supaya melihat isu ini dengan serius," .

Nampaknya Khalid sekali lagi di serang dan serangan ini sudah pasti bukan serangan biasa ianya hampir pasti serangan politik yang boleh menyebabkan Khalid tersungkur ke bawah.

Huhu dah mula dah !!!

MMI

1 comment:

  1. Ini semua adalah strategi PKR aje.... nak test siapa yang melompat....
    jangan tak pandai buat `prediction'..

    ReplyDelete

Labels