Followers

Thursday 9 January 2014

Perlukah PM Di Ganti ?? Ahli UMNO WAJIB Baca !! Finale Chapter


PRU13 sudah pun berlalu meninggalkan kita semua dengan satu pengalaman , sejarah dan sesuatu yang rasanya cukup bernilai khususnya buat seluruh penggiat-penggiat politik di negara Malaysia.Seperti semua sedia maklum keputusannya memihak kepada Barisan Nasional apabila berjaya menguasai 133 kerusi parlimen dan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui Malaysia sebagai Perdana Menteri.

Seperti yang MMI katakan sebelum ini , jika di lihat sebelum hari pembuangan undi sudah pasti dengan gerak kerja berterusan dan tanpa henti seluruh jentera UMNO dan BN maka keputusan PRU13 akan memberikan banyak kelebihan buat kerajaan Barisan Nasional.

Namun segalanya menjadi sebaliknya tatkala keputusan penuh di umumkan.

Persoalan demi persoalan muncul selepas itu apa yang berlaku sebenarnya ??

Banyak faktor sudah di ambil kira termasuklah laporan daripada banyak pihak yang melakukan bancian dan lain-lainnya dengan jelas menyatakan BN akan menang besar serta menjadi pilihan rakyat.

Tetapi mengapakah keputusan PRU13 menunjukkan BN masih belum selesa dan perlu melakukan perubahan segera demi survival perjuangan politiknya ?

Sesuatu yang harus kita faham adalah UMNO sebenarnya merupakan parti yang paling kuat dan berjaya memimpin bala tentera bersekutunya di bawah panji-panji Barisan Nasional sehingga mampu mendepani serangan bertali arus pasukan pembangkang.

Lihat sahaja dakyah yang di canangkan , bukanlah sesuatu yang boleh di buat main-main jika tidak di pertahankan dengan baik sudah pasti ianya akan menerjah bulat-bulat telinga dan mata ratusan malah mungkin ribuan rakyat di luar sana namun kerana kekuatan yang di miliki oleh UMNO lah maka kita mampu menepis segala tuduhan tersebut.

Keupayaan yang di miliki oleh UMNO khususnya jentera di peringkat akar umbi serta cybertroopernya bukanlah jentera yang boleh di pandang lekeh.

Mereka-mereka inilah sebenarnya yang menjadikan UMNO dan BN terus kekal selain daripada garapan terbaik di peringkat kepimpinan dan pembuat dasar.

Namun selepas beberapa bulan berganding bahu , ada sesuatu yang di lihat tidak kena apabila jentera sehebat ini seolah-olah hilang malah UMNO dan BN tidak banyak melakukan "Damage Control" sebaliknya lebih banyak membuka ruang kepada pembangkang untuk terus-terusan menghentam kerajaan.

Persoalan mengapa ??

Sejak dari itu satu persatu isu mula muncul menghiasi pentas politik negara dan ianya bukanlah isu yang boleh di buat main-main kerana melibatkan dasar-dasar kerajaan.

Paling panas sampaikan pembangkang berjaya mengumpul ribuan penyokong tegarnya untuk turun ke jalan raya dalam misi untuk menggulingkan KERAJAAN !!

GULING KERAJAAN BRO !! Apakah kita masih mahu berdiam ?? Dalam mendepani isu ini MMI sedikit terkilan dengan pihak-pihak tertentu khususnya Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.Di mana jentera yang sewajarnya di gerakkan untuk memantau serta mendapatkan maklumat terkini supaya kita mampu mengekang apa sahaja dakyah yang di buat oleh pembangkang?

Namun kita masih bernasib baik kerana tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak di ingini seperti mana yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini.

Bayangkan jika kejadian sedemikian berlaku ?? Maklumat apakah yang mampu kita salurkan kepada rakyat di luar sana ?? BLIND !!

Kemudiannya isu-isu tentang keputusan kerajaan contohnya tentang GST , kenaikan kadar tol dan lain-lainnya yang menjadikan kerajaan di lihat kejam terhadap rakyatnya silih berganti mengambil tempat.

Sesuatu yang rasanya amat perlu di tangani dengan kadar SEGERA !!

Bukanlah niat MMI untuk menjadi pengkritik terhadap apa sahaja yang kerajaan lakukan cuma biarlah setiap tindakan itu di susuli dengan persedian dari segala segi dan paling penting setiap permainan politik yang di mainkan oleh pembangkang , kita perlu segera menepis dan menjawabnya.

Percayalah ini semua adalah permainan persepsi yang mampu mengundang mala petaka besar buat kerajaan kerana hari ini kita sedang berdepan dengan sekumpulan rakyat yang mahu membawa medan Tahrir ke Malaysia.

Kemudiannya muncul suara-suara ghaib yang mahu mengulangi sejarah 2008.

Apa itu sejarah 2008 ??

Sejarah bagaimana UMNO melakukan tindakan yang tidak pernah di lakukan sebelum ini mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri meletakkan jawatannya.

Jangan lupa bahawa pada ketika itu ada gerakan-gerakan halimunan yang menggerakkan usaha-usaha ke arah itu melalui suara-suara di ruang-ruang maya atau di mana-mana sahaja.

Tahukah kita Tun Abdullah di hujani dengan pelbagai tuduhan yang merujuk beliau sebagai seorang pemimpin lembik dan sebagainya kerana KEGAGALAN beliau memimpin BN pada 2008 yang lalu dalam PRU12 sedangkan pada 2004 Tun Abdullah hampir malah mungkin sudah mencipta sejarah apabila mencatat kejayaan besar buat BN pada pilihanraya umum ke 11.

Antara sedar atau tidak kita sebenarnya suka menyalahkan orang lain sedangkan pada hakikatnya kita juga adalah sebahagian daripada mereka yang turut menyumbang kepada setiap satu kejadian.

Dan MMI yakin pada ketika ini dalam suasana yang di lihat agak suram dalam kem UMNO khususnya , tangan-tangan dan suara-suara ghaib ini KEMBALI.

Sesuatu yang pada pandangan MMI amat berbahaya dan sukar daripada mendepani gerakan pasukan pembangkang sendiri.

Apakah kita perlu menghukum pemimpin hanya kerana kita sedang berdepan dengan kegagalan atau kelemahan yang sebenarnya melibatkan kita semua ?

Apa kepimpinan YAB Datuk Seri Najib perlu di desak supaya meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada orang lain yang kita rasa lebih baik ??

Ingat ayat ini "yang kita RASA lebih baik " ... kita sendiri pun belum tentu yakin dan pasti adakah setiap pertukaran itu mampu mengundang kepada kebaikan yang jauh lebih baik.

Lihat kepada sejarah selepas 2008 , apabila YAB Datuk Seri Najib mengambil alih kepimpinan negara daripada Tun Abdullah , beliau mula melakar satu demi satu dasar dan perancangannya bagi membawa Malaysia kemercu kejayaan.

Malah rata-rata rakyat dan masyarakat di luar sana di lihat begitu teruja dan cukup menyukai pendekatan Najib apabila beliau mula memperkenalkan bantuan secara menyeluruh kepada rakyat.Antaranya BR1M,KR1M dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

Malah jangan sesekali lupa semua kepimpinan UMNO mendapat "mileage" daripada pelaksanaan skim bantuan ini apabila ianya turun ke pringkat akar umbi dengan program pemberian bantuan di susun di peringkat bahagian masing-masing.

Ianya berterusan sehinggalah waktu kempen pilihanraya , rata-rata masyarakat cina memperlihatkan sokongan mereka kepada kepimpinan YAB Datuk Seri Najib sehinggakan ada program-program tertentu yang di susun memperlihatkan kehadiran kaum cina yang cukup positif.

Namun keputusan PRU13 membuktikan segala-galanya.

Justeru itu apakah yang seharusnya di lakukan oleh orang-orang UMNO khususnya !!

Seharusnya orang-orang UMNO di semua peringkat pada hari ini perlu melihat kepada kelemahan diri masing-masing dan sama-sama berusaha untuk memastikan kita berjaya.

Berjaya di sini bukan bermaksud kita berjaya secara individu tetapi berjaya meyakinkan diri bahawa UMNO memerlukan kudrat dan keringat kita untuk memastikan perjuangan ini terus relevan.

Berjaya di sini bermaksud kita perlu memastikan kepimpinan negara mendapat sokongan paling jitu daripada orang-orang Melayu UMNO kerana di sinilah terletaknya SEMANGAT PERJUANGAN !!

Berjaya juga membawa maksud kita berjaya menghalang diri kita daripada menjadi batu api dan dalang kepada sebarang hasutan yang mampu membawa kemudaratan yang jauh lebih teruk.

Berjaya untuk faham bahawa untuk menyelesaikan sesuatu masalah bukanlah dengan kita menukar kepimpinan utama kita sebaliknya membantu dan berusaha untuk menjadi yang terbaik di peringkat masing-masing.

Percayalah MMI tidak di bayar untuk mempertahankan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi MMI melihat kepada sejarah yang pernah tercatit sebelum ini.

Paling penting ketika ini adalah kekuatan UMNO kerana kita sudah buktikan tanpa sokongan sepenuhnya undi kaum cina UMNO tetap MENANG !!

Cumanya jangan kita sesekali melakukan kesilapan sama !!

Berubah bukan dengan cara menukar kepimpinan tetapi berubah dengan cara kita masing-masing berubah menjadi ahli UMNO yang faham akan perjuangan dan survival yang selama ini kita pegang.

Untuk "SURVIVED" UMNO perlu berubah dan perubahan itu bukan dengan cara menjatuhkan Najib , sejarah telah membuktikan pertukaran sebegitu belum menjamin kejayaan kerana MMI yakin kejayaan itu datang daripada kesepakatan dan sikap berpasukan kita.

PM tidak perlu di ganti , yang perlu di ganti adalah sikap ahli-ahli UMNO !!

Part 1 klik SINI 

MMI

9 comments:

  1. Tapi kita pun x mahu pemimpin yang terlampau lembut...perlu diingat, maruah agama dan bangsa sedang dipijak2. Apa tindakan kepimpinan negara?Ingat zaman TDM? Beranikah puak2 yang mengada2 ini bersuara sewaktu itu? Persoalannya, kenapa baru sekarang berani? Kalau zaman TDM..mmg habis mereka ini. Bro, hidup di negara dgn pelbagai agama dan bangsa menuntut satu ketegasan yang diamalkan di zaman TDM. Dan dimanakah ketegasan itu sekarang? Kebajikan bumiputra juga terabai..hanya ada laungan janji2 retorik. Satu lagi Bro, campur tangan org rumah juga penyumbang kepada kelemhan kepimpinan tersebut. Ingat Dr. Siti Hasmah? Ada apa2 yg dpt dicanangkan berkenaan dia..Sokong2 jugak tetapi jangan sokong bawa rebah.

    ReplyDelete
  2. Awat remove link blog aku taipanmaster.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Yes ! Mesti diganti dgn PM yang ada telor. Berani bertindak dan tegas. Islam sedang di pijak2 tapi sampai sekarang tidak menampakkan ketegasan.

    Brain pon tak ada sebab tu asyik rely dengan PEMANDU yang cuba hancurkan Malaysia.

    PM mesti diturunkan dan diganti dgn PM yg lebih tegas dan berkalibar.

    Tunjukkan apa yang Najib buat berjaya?

    ReplyDelete
  4. TDM seorang pemimipin yang tegas dan memahami tingkah laku setiap kaum.Beliau dapat membuat keputusan yang baik untuk semua kaum.Bukan kepentingan semata2 untuk satu2 kaum.Pencaturan beliau dalam bentuk pelbagai supaya menampakan penyatuan di dalam sosial ekonomi dalam negara.Kesannya sangat baik utk pertumbuhan ekonomi di dalam negara.Bukan bertindak atas kesaksamaan (pluralisme).Ianya sangat merbahaya.Beliau dapat mengimbangi kelemahan dan kekuatan dalam pelbagai bangsa.Bekas PM yang sangat bijak dan memahami setiap aspek keperluan dan mencatur masa depan rakyat dalam konteks pelbagai kaum.Bukannya kerja mudah hoii.Aspek perundangan juga di titik beratkan.Kecekapan,ketegasan dan kepintaran menjadi aspek yang paling utama utk menjaga keharmonian negara.Nampak macam tidak adil tetapi keputusannya sangat success.Selepas Era TDM, dah masuk bab di dalam organ badan dan di sulami akta hasutan.Gegaran yang kuat dari pehak pembangkang.

    ReplyDelete
  5. Sy setuju sgt dgn dewi_sue, Rakyat skg bkn bodoh...segala info, baik pemerintah or pembgkg, blh dpt dr ujung jari jer. Kita blh menilai. Sy ni hardcore supporter kerajaan. 3x dh undi BN. Tp kali ini sy betul2 kecewa dgn PM kita. Era pemerintahan Najib dr worse dr Pak Bodolah. Byk isu2 besar negara, Najib tak boleh selesai. Kronisme berluasa2..lantik menteri2 yang mostly tak reti buat keje dan tin kosong. Kos hidup makin meningkat...Rakyat menderita tp pak menteri2 kaya raya..senang lenang. Najib byk buat projek yg syok sendiri. Lebih pd nk naik kn nama. Bila hal2 yg menggugat ketenteraman dan perpaduan negara, Najib tak pulak nak jd jaguh. Mana janji2 manifesto kononnya nk tolong ringan kos beban rakyat??
    Tu blm lg masuk hal mengampu dan membodek kt TV dan suratkhabar mainstream. Naik loya la..Semua indah kabar dr rupa. Tak abis2 nk kutuk pembangkang, tp rumah tangga sendiri pun sama teruk. Terus terang sy ckp, Era Najib ni la...sy mmg tak baca dh suratkabar n tgk tv. sy prefer baca blog sbb lg telus.
    Sbnrnya...ramai kwn2 sy yg pro-BN ramai sgt dh frust. Najib ni kena stop la dr tidur mimpi berangan dia tu. Stop la dengar nasihat2 dr punaisihat elitis. Parasit2 tak hidup ssh mcm kami rakyat marhaein ni...mana nak tahu perit jerih byr tol, myk, byr cukai mcm2...x masuk lg beli mkn kt kedai or pasar.
    Ape yang pasti, Najib kena TURUN. cukup la 2 penggal ni. kami mahukan pemimpin melayu yg berjiwa melayu. Kami undi UMNO sbb sygkn bgsa dan agama. bkn sbb Najib. Next PRU, no more NAJIB.

    ReplyDelete
  6. Kepada blogger MMi saya ucap tahniah kerana masih ada pejuang yang memahami perjuangan.

    Bagus lah kau punya artikel.Ini baru betul pejuang UMNO.
    Aku bukan la kaya sangat tetapi menyampah bila cerita pasal kos kehidupan.Nak muntah rasanya.....

    Kepada yang diatas yang rasa tercabar maaf la ya........Bagi aku la masalah kos ini bukanlah besar sangat pasal apa ya?

    Aku banyak kawan antaranya indon.Cuba la tanya berapa ribu hantar kat kg.Rumah banglo tahu ,mereka buat....

    Pendatang tak faham kos pasal di malaysia adalah syurga.Orang2 melayu sekarang dah tak sedar diri kenapa ?

    Jiran aku 3 orang brankrapsi......... semua melayu tahu kenapa?
    Dah ada satu kereta tambah lagi 1........yang satu lagi duit simpanan habiskan ada je lebih ada je nak beli.........yang lagi satu kena berhenti lepas tu lepak 1 tahun perabihkan duit pampasan.......Itu la melayu yang ada sekarang.........

    Kepada MMI kau kena faham keliling kita tahap perjuagannya setakat rm2 je.Kalau esok Najib minta rakyat bersama-sama kurangkan subsidi tol dengan kenaikan rm 2 .kau tengok menjerit-jerit seolah dunia kiamat. la.

    Bayangkan la kalau malaysia kena boikot dengan yahudi tak sampai 2 hari terus minta yahudi jadi pemimpin.Itu la melayu

    Ada duit membazir......melayu kalau ada simpanan rm 5 ribu kira bagus la.Bukan senang nak jadi pejuang UMNO kerana nak kena bagi semangat kat orang melayu tak mati kalau kos naik dan jangan asyik nak tadah je.subsidi dah tahap membazir .

    ReplyDelete
  7. Faham perjuangan?? Sape sebenarnya yg ptt faham perjuangn?? Hnya rakyat jelata kebanyakan saja ker yg kena faham perjuangan??? Yg trpksa hidup dlm keadaan tertekan dlm tekanan ekonomi yg mencengkam?? Yg trpksa berjuang utk hidup menampung perbelanjaan keluarga..anak2 yg ramai dlm segala kos yg meningkat saban hari...tpi gaji x naik2??,

    Apa pula peranan pemimpin dlm menghayati perjuangan??? Adakah dgn kehidupan yg bermewah2...shopping beribu2 ribu saban bulan di luar negara...bikin parti besday ala grand....dikala itu rakyat kebanyakan mcm kami2 ni disuruh hargai perjuangan???

    Jgn dibanding dgn pekerja asing...kehidupan mereka sbg pendatang semestinya juga mereka hidup serba ringkas...x prlu kereta..motosikal...x prlu rumah..x prlu bayar tol..x prlu bayar bil astro...bahkan x prlu bayar bil api air ( majikan bayar) ..x prlu tanggu pelajaran anak2...

    Masalahnya ada ker rakyat msia yg nk hidup mcm pendatang asing tu??? Sedara yg cadangkan tu sanggup ker?? Sama2 la kita fikirkan..

    ReplyDelete
  8. Anon 13:50

    Adakah Melayu hidup susah di malaysia? Bila aku cerita pendatang kenapa kornar baring?
    Ingat Ya indon bukan negeri murah?Telor,minyak masak,gula dan lain2 bandingkan dgn Malaysia?
    Indon ikat perut 10 tahun dah bina kandang lembu moden.Kau ingat kandang lembu pakai atap rumbia ke?Paling cikai rm 100 ribu.Kau tak percaya kerana tak berkawan dgn pendatang ,Biasanya sombong la.

    Perjuangan melayu era sekarang kos hidup...... inilah nilai perjuangan melayu masalah pamper anak dan yuran pelajar.

    Yang aku cerita perjuangan nak lawan cina.Ada faham tak? Kalau setakat bil tnb naik.bawang naik itu pun dah jadi bodoh perjuangan apa ini?

    Pendapatan perkapita melayu tahun 80an berapa ya? sekarang?Kalau meningkat tinggi sekalipun melayu masih tak menyimpan tahu nak perabih je.bila nak lawan cina?

    Kalau melayu buang astro je berapa ratus juta setahun kita jimat.Duit itu kalau disedekahkan ke MARA agak2nya boleh lingkup tak cina?

    Melayu bukan sahaja bodoh tetapi kedekut.

    Masa banjir berapa sen sangat la dapat ?
    Semua derma ke bil hp dan astro.
    Sudah lah faham perjuangan kunun???

    ReplyDelete

Labels