Isu surat rasmi yang di keluarkan oleh PEMANDU yang menggariskan 10 langkah bagi menangani penggunaan bahasa Melayu dalam kitab bible yang kini menjadi isu panas bukan sahaja di salah tafsirkan oleh sesetengah pihak tetapi turut di jadikan sebagai bahan untuk menyebarkan fitnah berterusan terhadap Najib.
Berdasarkan surat yang telah di keluarkan pada 2011 itu jelas menunjukkan 10 perkara tersebut memberikan penekanan kepada sifat toleransi sesama manusia dan ianya memperlihatkan bagaimana kepimpinan negara berusaha untuk memberikan yang terbaik buat rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama.
Sesuatu yang perlu di fahami oleh semua adalah kerajaan tidak membenarkan penggunaan bahasa Melayu dalam kitab bible di buat secara sembrono dan ianya juga di buat berlandaskan sifat menghormati kaum dan agama lain di Malaysia.
Semua pihak sebenarnya sedar Malaysia punya rakyat yang berbilang bangsa dan agama maka kerana itu sebagai kerajaan yang prihatin dengan nasib rakyatnya , kerajaan masih boleh bertoleransi dengan syarat perlembagaan negara yang tersimpan kemas selama ini sama sekali tidak di sentuh.
Namun perkara yang seharusnya menjadikan garis panduan dalam penggunaan bahasa Melayu di kitab-kitab bible oleh bukan Islam itu bukan sahaja tidak di rujuk tetapi ada di antaranya langsung tidak di patuhi.
Sebagai contoh dalam perkara 5 telah di nyatakan bahawa bagi menjaga sensitiviti umat Islam di semenanjung Malaysia , sebarang percetakan bible dalam bahasa Melayu atau Indonesia mestilah mempunyai perkataan "Christian Publication" dan tanda salib di muka depan kitab bible.
Ianya sudah pun tercatat sejak 2011 yang lalu dan seharusnya di patuhi oleh mereka-mereka yang terlibat secara langsung khususnya dalam percetakan dan penggunaannya.
Tetapi lihatlah apa yang berlaku , dalam isu rampasan kitab bible di Selangor oleh JAIS banyak pihak khususnya pembangkang menjadikan ianya sebagai satu isu mudah yang punya kepentingan politik tersirat dengan mengapi-apikan rampasan tersebut.
Sedangkan pada hakikatnya tindakan JAIS itu menepati apa yang terkandung dalam 10 perkara yang telah di gariskan oleh PEMANDU sejak 2011 yang lalu.
Sedarkah kita bahawa kitab yang di rampas oleh JAIS itu selain menggunakan kalimah Allah ianya turut mengenepikan garis panduan yang telah di tetapkan oleh PEMANDU iaitu perkataan "Christian Publication" dan tanda salib di muka depan kitab bible.
Apakah ada di mana-mana sudut yang menunjukkan adanya tanda salib di muka depan kitab bible yang di pegang oleh paderi Lawrence ?
Sudah barang pasti ianya mengelirukan !
Inilah antara perkara yang di sembunyikan daripada pengetahuan kita , kerajaan walaupun punya akses yang jauh lebih kuat untuk terus menghalang penggunaan bahasa Melayu dalam kitab bible tetap memberikan ruang kepada pihak kristian di Malaysia untuk menggunakan bahasa Melayu dalam kitab mereka dengan syarat-syarat tertentu seperti mana yang telah dinyatakan di atas.
Namun kepercayaan itu bukan sahaja tidak di hargai malah sudah sampai ke tahap menuntut pula penggunaan kalimah ALLAH.
Di harapkan dengan pendedahan ini banyak pihak akan faham mengapa kerajaan hari ini tidak membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak kristian kerana dalam isu bahasa Melayu pun mereka GAGAL untuk mematuhi garis panduan yang telah di tetapkan inikan pula kalimah Allah.sumber
MMI
Bro, bible dalam tangan dia tu bukan bible BM lah.
ReplyDeleteFiasco Kalimah Allah kalau tak salah saya Ah Jib Kangkong suruh Idris Jala settle kan. Sekarang timbul macam2 isu berkenaan perkara ini. Jadi saya nak tanya Ah Jib Gor Kangkong berbaloi kah membayar hikmat consultantnya sampai $7.2 billion untuk nasihat2 lain?
ReplyDeletealfie
anon 16:28 dari pembacaan aku sebab itulah dalam artikel tu MMI sebut "sudah barang pasti ianya mengelirukan"
ReplyDelete