Dewan Rakyat hari ini kecoh berikutan kenyataan oleh anggota parlimen Kinabatangan (BN) Datuk Bung Mokthar Radin yang mendakwa DAP telah menaja pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee.
Kenyataan beliau telah membangkitkan kemarahan anggota-anggota parlimen DAP yang meminta beliau menarik balik segera kata-kata tersebut.
Bung ketika dalam satu sesi perbahasan di Dewan Rakyat meminta supaya pasangan tersebut ditahan serta tak dibenarkan bebas kerana telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
“Mereka perlu segera ditahan dan didakwa… jangan biarkan mereka bebas! Saya rasa gejala ini berlaku selepas PRU13, mungkin ini semua tajaan DAP," katanya.
Kenyataan Bung itu terus disambut dengan kemarahan wakil-wakil rakyat DAP termasuk anggota parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang menyifatkannya sebagai fitnah dan perlu ditarik balik segera.
Semalam, pasangan kontroversi, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, telah hadir di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk beri keterangan berikutan dakwaan mempersendakan bulan Ramadan.
Pasangan itu telah didakwa mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat-naik gambar hidangan bak kut teh dengan kapsyen Selamat Berbuka Puasa.sumber
Sikit punya hal bising , tapi kalau kena kat depa diam macam tak ada mulut !!!
MMI
No comments:
Post a Comment