Followers

Monday, 17 February 2014

Mau Ka Anwar Dengar Suara Pemuda PAS ?


Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP), sekali lagi mengulangi gesaan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim agar membatalkan hasratnya untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya berjaya mengekalkan kemenangan parti itu di Dun Kajang.

Menurut Setiausaha DPP, Mohd Nasaei Ismail sekiranya Anwar menang sebagai Adun Kajang, dia masih boleh membantu kerajaan negeri Selangor tanpa perlu meminta Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

“Kalaulah berlaku kemenangan kepada Anwar di DUN Kajang, tak jadi menteri besar sekali pun dia cukup kuat untuk memberi bantuan kepada kerajaan negeri Selangor.

“Jadi dia duduk dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sebagai wakil rakyat, itu pun sebenarnya boleh memberi kredit yang besar kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat”, katanya.

Anwar sebelum ini membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut walaupun dia pernah berulang kali mengatakan isu tersebut hanyalah merupakan spekulasi.

Ketika diwawancara oleh Australia’s Newsline, ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model sebelum melangkah ke Putrajaya.

Seterusnya ketika ditemu bual oleh pihak media baru-baru ini, Anwar sekali lagi membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.

“Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses Pakatan” katanya.

Disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pemimpin Pas tampil membuat kenyataan bagi membantah ‘pengambilalihan kuasa’ itu antaranya kepimpinan sayap DPP yang menyifatkan PRK Kajang sebagai membazir wang rakyat.

Anwar juga dikatakan sudah mendapat sokongan DAP. Namun Pas dilihat masih bertegas mahukan Khalid untuk terus kekal dalam jawatan itu. Paling menarik, sudah ada usaha yang dibuat untuk mempelawa Khalid menyertai Pas sekiranya PKR masih berhasrat untuk memecatnya.

PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi membolehkan Anwar bertanding di situ pada pilihan raya kecil 23 Mac, langkah pertama ke arah beliau menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Agak-agak Anwar kisah ka dengan suara ampa tu ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels