Followers

Tuesday, 4 February 2014

PAS Bakal Lemas Dalam Dakapan !!

Gambar Hiasan
Agak menarik melihat permainan pembangkang berkaitan isu kekosongan kerusi DUN Kajang.Di tambah pula kehadiran Anwar Ibrahim sebagai calon sudah tentu seluruh penyokong pembangkang akan memberikan sokongan padu , maklumlah bakal MB !!

Selang beberapa ketika segalanya nampak semacam tak kena , kenapa tiba-tiba ada suara dari kalangan penyokong sendiri yang menolak kehadiran Anwar ? Malah sampai ke tahap bagi kata dua Anwar tidak akan sesekali menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya itu yang menjadi impian mereka.

Aduhaii kenapa boleh jadi lagu tu ?

Khalid Samad dan Nasharudin adalah diantara pemimpin PAS yang di lihat begitu lantang mengkritik tindakan perletakan jawatan oleh ADUN Kajang sebelum ini.Mereka menyifatkan tindakan itu tidak ubah seperti mengkianati pengundi di Kajang.

Namun segalanya tetap berjalan seperti biasa dan mengikut perancangan yang telah di susun.

Adakah suara mereka di dengari oleh pucuk pimpinan Pakatan Haprak ?

Antara yang turut menyindir tindakan Anwar adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS , Zaharuddin Mohammad melalui akaun facebook apabila menyindir pemimpin Pakatan Haprak terutamanya Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli supaya hentikan membuat statement bodoh.

"Saya meneliti ucapan dan tulisan Rafizi mengenai Kajang. Saya nak komen sedikit, jangan banyak sangat 'berstatement' dalam politik dalam isu Kajang, takut nanti 'senjata makan tuan'

"Kami (PAS) mengamalkan politik telus bila berdepan dengan hak rakyat. Jangan menjadikan kami serba salah antara menjaga amanah ketelusan kepada rakyat atau menjaga rakan pakatan.

"Saya harap ini juga berlaku kepada Rafizi. Tolong, jangan heret kami terlalu jauh," beliau dipetik sebagai berkata.

Sementara itu pengguna facebook turut memberi komen menyokong kenyataan Zaharuddin dan ada yang mengutuk tindakan pemimpin PKR yang dikatakan tamak kuasa dan membazirkan wang rakyat.

Zaharuddin juga memberi amaran kepada kepimpinan PKR bahawa jangan cuba heret Pas dalam masalah dalaman parti itu kerana adalah tidak adil cara menyelesaikan masalah dengan mengheret orang lain yang tidak berdosa ke dalam kemelut mereka.

Menurut Zaharuddin lagi dalam keadaan rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup PKR turut mengambil bahagian dengan membazirkan wang rakyat.

Hah tu dia puak sendiri pun dah mengaku bazirkan duit rakyat !!

Penjilat kat bawah tak mau kata apa-apa ka ??

Tapi MMI ada satu persoalan yang rasanya wajar sekali di kongsikan dengan semua..Sejauh mana agaknya suara-suara ini mampu mengubah keputusan PKR yang sudah pun di putuskan ??

Dengan Guan Eng pun bersetuju Anwar sebagai calon di Kajang , rasanya desakan puak PAS ni boleh jalan ka ??

Setakat sekarang rekod dengan jelas menunjukkan PAS bakal lemas dalam dakapan kerana suara mereka hanya sekadar suara pencacai dalam Pakatan Haprak !

Tunggu dan lihat !!!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels