Pasti tak ramai yang sedar betapa besar pengorbanan anggota SAR Malaysia yang terlibat dalam misi mencari dan mengesan MH370.Mereka tidak pernah bercakap apatah lagi membuat bising dan jauh lagi menuding jari kepada mana-mana pihak.
Mereka tidak pernah mengeluh tatkala perlu meninggalkan keluarga tersayang kerana mereka tahu ada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan mereka.
Begitulah hebatnya para anggota SAR dalam operasi MH370 dan seharusnya rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan mereka dan mengucapkan terima kasih kerana mewakili kita di tanahair yang hanya mampu berdoa.
Berikutan itu MMI bawakan luahan hati seorang rakyat Malaysia khusus berkaita MH370.
SETELAH PENCARIAN PESAWAT MAS MH 370 MASUK HARI KE-23
Maaflah kalau apa yang saya katakan ini agak sensitif... Ianya sekadar pandangan dan luahan rasa saya sebagai seorang insan biasa dan seorang muslim...
Melihat kepada peristiwa kehilangan pesawat MAS MH370, ramai yang bersedih terutamanya di kalangan ahli keluarga penumpang, juruterbang dan anak2 kapal. Malah saya juga turut berkongsi kesedihan di atas apa yang berlaku...
Cuma kesimpulan yang dapat saya buat berdasarkan pengamatan saya, ternyata bagi mereka yang beragama Islam hampir keseluruhan ahli2 keluarga menerima kejadian ini sebagai takdir dan qada' & qadar Allah. Sebagai manusia biasa pasti mereka turut bersedih dan menangis namun akhirnya mereka radha dan pasrah dengan ujian Allah ke atas mereka. Yang mampu dilakukan hanyalah terus menerus berdoa, berserah dan bertawakkal kepada Allah yang Maha Kuasa..
Siapa yang tak sayang ahli keluarga? Namun apalah daya kita untuk melawan ketentuan Allah. Berbeza sekali dengan kalangan yang bukan Islam yang masih tidak mampu menerima ujian ini dengan tenang dan terus menerus menunding jari menyalahkan pelbagai pihak tanpa memperakui bahawa ini adalah perancangan dan kuasa tuhan. Maka tidak hairanlah sampai ada yang meratap meraung, histeria, terguling2 atau mengamuk menyalahkan pihak itu dan ini...
Bagi saya inilah keindahan Islam dan kehebatan ummat Islam berbanding penganut agama lain. Subhanallah... Tatkala kita didatangai dengan ujian yang sangat berat, kita terima dengan jiwa tenang. Bagi ummat Islam kejadian ini adalah bala dan bencana yang diturunkan Allah sebagai ujian buat hamba-hambaNya. Ummat Islam yang beriman akan sentiasa redha dengan ujian dan ketentuan Allah. Firman Allah di dalam Surah Al 'Ankabut ayat 2 & 3 yang bermaksud:
2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami Telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?
3. Dan Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Hidup di dunia ini hanyalah sementara dan orang2 yang kita sayang ini hanyalah pinjaman sementara Allah kepada kita. Pasti suatu hari nanti kita dan insan-insan yang kita sayang ini akan bertemu jua dengan penciptanya iaitu Allah swt. Cuma cara dan ketikanya sahaja mungkin berbeza...
Ayuh kita sama-sama bermuhasabah untuk kembali kepada Allah dan ajaran Islam yang sebenar.
Kadangkala Allah turunkan bala agar kita sedar dan insaf akan kesilapan, kesalahan, kealpaan, keangkuhan dan dosa yang kita lakukan selama ini.
Semoga kejadian kehilangan pesawat MAS MH370 dan kegagalan manusia yang menggunakan pelbagai teknologi moden, terkini dan serba canggih untuk mengesan dan menjumpai pesawat tersebut menjadi iktibar buat kita.
Jadikanlah kejadian ini sebagai titik tolak kepada perubahan diri kita untuk menjadi ummat Islam yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah swt...
Sekadar saranan dan pesanan buat diri sendiri & saudara-sadaraku...
Wallahu a'lam...
Azdy Mohd Arshad
1 April 2014
#TeruskanberdoautkMH370
Tq saudara Azdy , MMI doakan yang terbaik buat semua.
MMI
No comments:
Post a Comment