Followers

Saturday, 19 April 2014

Warkah Khas Untuk Gobind Singh Deo


Bukan sesuatu yang mudah untuk sesiapa jua menerima hakikat bahawa orang yang paling kita hormat dan sayangi kini telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.MMI antara di kalangan jutaan rakyat Malaysia yang telah mengalami saat-saat sebegini dan telah faham benar bagaimana perasaan di waktu itu.Malah setelah segalanya kembali tenang pun kita akan terkenang-kenangkan waktu bersama orang tersayang.

Gelak ketawanya , gurau sendanya dan bermacam-macam kenangan manis di waktu hayatnya akan mula bermain di fikiran dan sudah pasti setabah mana pun kita kenangan itu mampu menyebabkan air mata mengalir bukti betapa sebagai manusia kita punya hati dan perasaan yang cukup istimewa.

Ianya tidak di miliki oleh mahkluk lain barangkali dan kerana itulah manusia di lahirkan dalam berbagai-bagai wajah , keturunan , kaum dan lain-lain.

Artikel ini MMI tulis khas buat Gobind Singh Deo anak kepada mendiang Karpal Singh.

Walaupun kita berbeza ideologi politik tetapi atas dasar kemanusiaan maka MMI mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat Gobind dan seluruh ahli keluarganya di atas kematian Karpal Singh yang terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Perak.

Ada sesuatu yang bermain di hati MMI sejak berita kematian Karpal di umumkan.Ianya semakin menjadi-jadi dan jari jemari MMI seolah-olah menerima isyarat supaya menulis.Namun MMI khuatir penulisan ini akan di salah ertikan oleh pihak-pihak tertentu namun setelah masuk hari ke tiga kematian Karpal , MMI memutuskan untuk menulis.

Tidak ada sebarang kepentingan politik dalam penulisan kali ini melainkan sebuah warkah yang MMI rasa perlu di sampaikan kepada Gobind memandangkan beliau juga adalah manusia seperti mana MMI.Yang membezakan kami adalah agama dan keturunan selebihnya adalah kuasa Allah swt.

Untuk itu MMI mahu Gobind tahu tentang satu perkara dan perkara ini sebenarnya perlu di teliti semasak-masaknya oleh beliau memandangkan segalanya telah jelas di perlihatkan bukan sahaja kepada diri Gobind tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sedarkah Gobind perkhabaran berita kematian Karpal telah menyebabkan banyak pihak di luar sana bukan sahaja berasa simpati tetapi juga muncul mereka-mereka yang mengutuk dan menghina kematian tersebut.

Sedarkah Gobind kenapa pihak-pihak ini muncul sedemikian ?

Bayangkan pada ketika mendiang Karpal sedang di persiapkan untuk di berikan penghormatan terakhir oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang MMI rasa tidak semua pihak mendapat keistimewaan ini , ada pihak yang tetap dan masih tidak berpuas hati dengan mendiang.

Ya , kita menerima hakikat bahawa untuk memuaskan hati semua pihak bukanlah sesuatu yang mudah tetapi dalam keadaan sebegini cercaan dan hinaan bukanlah sesuatu yang boleh di terima khususnya oleh ahli keluarga termasuk Gobind.

Namun kenapa ia tetap berlaku ?

Semuanya kerana tindakan mendiang di waktu hayatnya sering melakukan tindakan-tindakan yang menyebabkan pihak lain makan hati.Malah dalam keadaan tertentu tindakan mendiang seolah-olah mencarik-carik hati mereka yang di luar sana.

Bagaimana Karpal yang satu ketika dulu begitu rancak menyatakan terdapat anggota kerajaan yang terlibat dalam perlakuan seks songsang kemudiannya boleh pula menjadi pembela kepada manusia terbabit !

Bagaimana Karpal tidak langsung menghiraukan tentang perasaan orang-orang Melayu dan Islam apabila dengan lantang menyebut "Langkah Mayat Kami Dulu" kalau nak laksanakan undang-undang hudud !

Bagaimana pertentangan Karpal dan penafiannya bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam !

Semua itu menjadi bara yang cukup panas malah bara ini bukan sahaja di pendam sejak sekian lama tetapi turut di simpan sehingga tiba masanya.

Kini apabila masa itu tiba , mereka tidak lagi menghiraukan soal perasaan mahupun kesedihan Gobind dan keluarganya kerana bara yang tersimpan sejak sekian lama itu akhirnya sudah sampai ke penghujung.

Di sebabkan itulah maka pelbagai lontaran di buat oeh banyak pihak dan kebanyakkan punya nilai negatif.

Kepada Gobind , MMI nasihatkan terima keadaan ini seadanya ! Jangan langsung melakukan apa-apa tindakan kerana pada pandangan MMI semua yang berlaku itu sedikit sebanyak di cetuskan oleh mendiang sendiri.Bukan berniat menghina tetapi inilah kenyataan !

Pada ketika ini Gobind seharusnya menumpukan perhatian kepada urusan untuk menyempurnakan hari-hari penghormatan terakhir buat mendiang Karpal Singh.

Kemudiannya setelah selesai segala-galanya , Gobind perlu mencari ruang untuk duduk sendirian dan mula fikirkan apa yang MMI lontarkan.

Ingatlah apa yang berlaku hari ini di sebabkan diri kita sendiri , dan hakikat itu barangkali akan berlaku jua kepada Gobind sendiri.

Dan ketika tiba waktu itu Gobind tidak lagi mampu melakukan apa-apa kerana yang tinggal hanyalah jasad seperti mana yang berlaku dalam keluarga Gobind hari ini.

Percayalah pihak-pihak di luar sana tidak kejam mereka hanya mahu melihat hak mereka tidak di rampas.Mereka juga mahu berkawan dan hidup bersama dengan semua pihak malah tidak pernah pula merampas apa-apa hak Gobind yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.

Selain dari itu ada juga sebahagiannya melibatkan soal respect ! Sebagai rakyat Malaysia itu merupakan perkara asas yang harus kita sama-sama pegang supaya setiap dari kita tidak lagi bermusuh sesama sendiri.

Lihat apa yang berlaku terhadap pesawat MH370 ? Sehingga ke hari ini kita masih buntu untuk mengesan di mana kedudukan pesawat terbabit.Seharusnya kita bersatu atas nama Malaysia , tolak soal politik keterlauan kerana yang jauh lebih penting hari ini adalah apa yang mampu kita sumbangkan kepada usaha berterusan tersebut.

Malaysia punya rakyat yang berbilang bangsa , dan kita di kurniakan sebuah negara yang MMI rasa terbaik di dunia memandangkan kedudukan kita jauh daripada bencana seperti gunung berapi dan sebagainya.

Kenapa perlu kita mencipta bencana itu ?

Kepada Gobind , fikirkan dan menjadi harapan MMI agar selepas ini Gobind bersama-sama rakan di berikan hidayah untuk kita sama-sama hentikan tindakan yang langsung tidak memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak.

Segalanya kini terletak pada Gobind sendiri selaku pewaris mendiang Karpal dan ingatan MMI jangan jadikan kesilapan yang pernah di lakukan oleh beliau sebagai batu asas kepada tindak tanduk Gonind selepas ini.

Takziah ikhlas dari MMI di atas pemergian mendiang Karpal Singh !

MMI

4 comments:

  1. Tulisan yg menepati menghormati dan memberi peringatan. Karpal mungkin tak sempat melihat kebangkitan Islam yg lebih hebat dari sebelum ini jika kapir laknat cuba campurtangan dalam hal ehwal Islam.

    Selepas karpal, ada sebahagian lagi pemimpin dap yg wajib diperhatikan !!! Mereka cukup besar kepala, mereka sangka duit dan kuasa boleh menundukkan melayu, mungkin benar tetapi jika tidak benar, padah menanti mereka.

    Perjuangan dalam Islam ada syahid dan semua orang Islam mengidamkannya pada waktu dan masa yg tepat sahaja.

    ReplyDelete
  2. rencananya panjang lebar.. apakah org yang dituju membacanya. lain kali kenalah tulis dlm bahasa inggeris kerana puak 2 ini tak reti baca dlm bahasa kebangsaan.

    ReplyDelete
  3. GOBIND KESAORANGAN SEKARANG. BERSEDIALAH FIKIRKANLAH NASIB MU SELEPAS INI. APAKAH ADA MASA DEPAN DALAM DAP.

    ReplyDelete
  4. Semasa Karpal hidup, tak banyak cerita tentang kebaikannya disampaikan kepada kita. Jadi, apabila dia mati, dah terlambat untuk menghentikan komen-komen yang negatif tentangnya sebab majoriti rakyat lebih cenderung menganggapnya sebagai seorang musuh Islam yang tegar (hasil daripada tindakannya sendiri).

    ReplyDelete

Labels