Followers

Saturday, 3 May 2014

Kebebasan Media Ala Firaun Bodoh Tak Boleh Di Ajar !!


Pakatan Rakyat sememangnya terkenal dengan sifat retorik dan penipuan yang dibuat-buat supaya rakyat Malaysia benci kepada kerajaan yang sedia ada. Di sudut amalan kebebasan media juga sama, mereka hanya suka apabila media yang membuat liputan dalam sesuatu acara itu berat sebelah kepada mereka. Sekiranya media tersebut neutral atau memuji pihak kerajaan, maka mereka akan mengatakan bahawa kerajaan mengawal media di Malaysia.

Apa yang berlaku pada himpunan 1 Mei yang lalu merupakan satu pencerahan kepada agenda kebebasan media yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Sekiranya sebelum ini mereka hanya menghalau golongan media yang tidak berpihak kepada mereka seperti mana yang terjadi kepada TV3 dan Utusan Malaysia. Kini mereka mengambil peluang untuk menunjukkan erti sebenar kebebasan media yang mereka juangkan dengan kekasaran terhadap wartawan dan jurugambar.

Pihak media yang membuat liputan di Dataran Merdeka pada himpunan 1 Mei yang lepas telah dikejutkan dengan layanan buruk yang dibuat oleh penyokong Pakatan Rakyat. Ada diantara mereka yang telah disambut dengan isyarat lucah dan kata-kata nista seperti “Media Bangsat”, F**k Media dan bermacam maki hamun lagi. Yang lebih menyedihkan adalah apabila seorang jurugambar yang tidak bersalah telah ditendang dan dipukul oleh golongan yang berfahaman songsang ini.

Adakah ini yang dikatakan sebagai kebebasan media? Apakah mereka tidak sedar bahwa merekalah yang menjadi dalang kepada institusi media tersebut dengan etika dan sikap mereka yang sering menyebarkan hasutan dan mengadu domba agar masyarakat membenci pihak kerajaan Malaysia.

Pada awal tahun ini, satu organisasi antarabangsa Reporters Without Borders telah mengeluarkan satu statistik dimana Malaysia adalah di tangga yang ke 145 dunia di dalam ranking kebebasan akhbar. Terus, kerajaan Malaysia dihentam teruk oleh pembangkang dan ini dijadikan satu peluru untuk menembak pihak kerajaan. Kononnya kerajaan Malaysia tidak telus dalam memberi kebebasan kepada pihak media.

Namun begitu tidakkah mereka sedar bahawa kebebasan media ini tidak hanya tertakluk kepada pihak kerajaan sahaja. Analisa ini dibuat bagi menerangkan tentang pengamalan media oleh semua pihak di dalam sesebuah negara. Ini termasuk perlaksanaan yang dilakukan oleh parti politik, NGO, persatuan sekerja dan mana-mana organisasi yang berdaftar secara sah mengikut undang-undang Malaysia.

Masihkah anda semua ingat lagi dengan “You ulang I saman…. You ulang I saman….” Kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim itu? Ataupun tentang sepanduk yang tertulis “TV3 dan Utusan dilarang masuk”. Dan siapa boleh lupa “You dari mana? RTM? I don’t want to talk to you. Tak boleh pakai punya”. Semua kata-kata ini dikeluarkan oleh seorang manusia yang kononya memperjuangkan kebebasan akhbar. Apakah kita sudah lupa dengan tindakkannya menyekat akhbar tertentu yang beliau rasakan tidak memberikan sokongan kepadanya?

Kejadian 1 Mei ini menunjukkan betapa hipokritnya Pakatan Rakyat kepada pihak media. Perhimpunan kali ini menjadi satu titik tolak betapa kotor dan jijiknya permainan politik Pakatan Rakyat dalam usaha mereka untuk mendapat kuasa di Malaysia. Sekiranya wartawan dan jurugambar boleh dipukul, apakah kebebasan media yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim selama ini suatu perkara yang benar? Ianya adalah hanya secebis daripada ribuan lagi penipuan yang dibuat oleh beliau sepanjang usaha hambarnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.sumber

Hari makin hari , tindakan puak-puak ni sudah semakin melampau.Rasanya MMI tahu tujuan mereka berbuat demikian bukan sahaja untuk provokasi tetapi juga kerana fahaman dan dakyah perjuangan songsang yang lebih mirip kepada komunis.

Dan lebih penting yang harus rakyat Malaysia tahu mereka seboleh-bolehnya mahu melihat berlakunya perang saudara sesama kita.

Fikirkan !!!!

MMI

1 comment:

  1. Karpal Singh yang digelar Harimau pun sampai ke penyudah hayatnya. Kalau setakad badan besar janganlah nak tunjuk kuat. Gunalah tubuh yang sihat kurniaan Allah swt untuk kerja2 kebajikan.

    Tak perlu nak tunjuk angkuh. Jika allah swt ambil ibu jari sepuntung pun susah hidupm kamu.

    Bawa2 bertaubat. Betulkah yang awak perjuangkan atau hanya ikut kerana habuan.

    ReplyDelete

Labels