Followers

Monday, 5 May 2014

Mendiang Seah Bukan WIRA DAP ?!!!


Setelah Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor mendiang Karpal Singh meninggal dunia akibat terlibat dalam satu kemalangan ngeri di lebuhraya Utara-Selatan baru-baru ini , DAP sekali lagi di kejutkan dengan berita kematian Ahli Parlimen DAP Teluk Intan mendiang Seah Leong Peng yang meninggal dunia pada 2 Mei yang lalu akibat penyakit barah hempedu.

Seah, 48 tahun, meninggal dunia di Hospital Universiti pada jam 7.45 pagi hari kejadian dan disahkan menghidap tahap akhir penyakit itu pada Februari lalu.

Sudah semestinya perkara pertama yang akan berlaku adalah Pilihan Raya Kecil melibatkan kawasan Parlimen Teluk Intan seperti mana yang akan berlaku di Bukit Gelugor dalam sedikit masa lagi.

Sedikit kisah tentang mendiang Seah , beliau menyertai DAP pada 31 Mei 1995, selepas parti itu mengalami antara kekalahan terburuk dalam sejarah dalam PRU pada tahun 1995.

Pada PRU ke 13, beliau menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan selepas mengalahkan calon BN, Mah Siew Kong dan bebas, K Moralingam dengan majoriti selesa, 7313 undi. Sebelum itu, beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Bedamar sejak tahun 1999.

Berikutan itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan di roketkini.com hari ini menyifatkan Seah sebagai “seorang rakan dan ahli DAP yang setia”.

“Beliau tetap bersama parti di zaman paling gelap, sama ada ketika kekalahan teruk dalam pilihanraya atau ketika dakwaan dan penganiayaan terhadap pemimpin DAP oleh kerajaan kuku besi BN,” katanya.

Katanya lagi, bakat kepimpinan Seah terserlah ketika mendiang masih lagi seorang ahli biasa, apabila menjadi tulang belakang kepada kemenangan DAP dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan pada tahun 1997.

“Beliau adalah aktivis akar umbi yang berbakat, memainkan peranan penting dalam menyediakan jentera dan tenaga organisasi yang membolehkan DAP mencapai kemenangan mengejutkan dalam PRK Teluk Intan pada Mei 1997,” katanya.

Namun timbul persoalan mengapa tidak Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP melakukan majlis serupa dengan mendiang Karpal Singh yang di angkat sebagai hero dalam parti DAP ?

Apakah Seah bukan seorang pejuang sehebat Karpal dalam parti DAP ?

Sekiranya Guan Eng mengaku bahawa mendiang Seah merupakan seorang pejuang parti yang begitu setia bersama parti waima di waktu zaman gelap DAP , mendiang Seah juga seharusnya layak di berikan penghormatan terakhir sebagaimana majlis penghormatan terakhir yang di berikan kepada mendiang Karpal.

Rasanya tidak cukup sekadar ucapan takziah dan hadir dalam acara pengkebumian mendiang serta keluarganya ! utaranews.com 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels