Followers

Wednesday 7 May 2014

UMNO Di Landasan Yang BENAR !!


Penelitian yang mendalam oleh kerajaan berhubung hukum hudud jelas satu keputusan yang tepat dan tindakan yang betul sekaligus merungkai segala tohmahan liar sebelum ini bahawa UMNO menentang atau menolak hukum Allah s.w.t.

Malah kenyataan beberapa pimpinan pembangkang yang mengatakan bahawa ianya perlu diteliti dan diperhalusi sebaik mungkin sebelum dilaksanakan memperlihatkan tindakan kerajaan sebelum ini adalah betul.

Mengulas mengenainya Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya sekali lagi menegaskan cakap-cakap di luar sana yang masih menggunakan tohmahan sebelum ini bahawa UMNO menolak hudud adalah tidak benar.

“Saya cukup pelik dengan beberapa pihak yang masih lagi menggunakan tohmahan liar seumpama ini. Mana ada UMNO menolak serta menentang hukum Allah s.w.t itu.

“Masih gunakan ungkapan yang sama sedangkan hakikat serta realitinya adalah tidak sebegitu rupa. Ini adalah golongan penabur fitnah yang suka menimbulkan isu semata-mata. Tidak lebih daripada itu,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah fitnah yang dilemparkan golongan penabur fitnah ini harus dibiarkan berlalu dan tidak perlu dipedulikan.

“Lagi pun bukankah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pun dah sebut bahawa Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.

“Jangan jadi batu api dalam isu sebegini. Malah tidak perlu cakap soal ikhlas dan tidak ikhlas serta janganlah timbulkan prejudis. Realitinya UMNO tidak pernah menolak hukum Allah s.w.t,” ujarnya. -MediaUMNO

Komen MMI maybe akan ada lagi puak-puak yang obses dengan politik dan menjadikan isu hudud ini sebagai senjata untuk menghentam sesama sendiri sedangkan hakikatnya orang-orang Islam perlu bersatu terlebih dahulu bukan dengan mengaku mampu tetapi hakikatnya jauh api dari panggang.

Kalau sebelum ini begitu hebat menjaga keakraban bersama DAP dan PKR rasanya PAS perlu membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa mereka mampu melaksanakan undang-undang hudud dengan sokongan jitu sahabat karib mereka.

Jangan bagi banyak alasan sangat !

MMI

1 comment:

  1. takut apa pada hudud, adakah hudud itu kejam, nak jatuhkan hokum pun ada kira bicara bukan jatuh hokum ikut suka, orang yang ambil barang orang lain kerana lapar, nak bagi anak makan, dan dah tak da cara lain dah, mungkin hakim akan lepas kan dan menasihati orang yang barangnya di ambil di izinkan atas sebab kemanusiaan, itu lah baru benar human right, right to access to food after all effort failed..mungkin hakim juga minta pemerintah tanggung orang macam ini supaya adil pada pemerintah, dan berikan dia kerja..so Nampak tak adil ke hudud ni, pada orang yang berkeinginan untuk buat kotor, jahat, mencuri, merogol, menfitnah, buat kerja luar biasa yang salah, sememang takut sebab dah tak da laluan untuk buat jahat,...undang undang yang boleh bawa keamanan pada dunia pun tak kan nak takut, cuma kita bertanya sudah sediakah kita, dah ada ke peguam peguam yang bukan dibayar untuk putar belit, hakim hakim yang pakar...nilai manusia semakin menjadi tidak sopan, tidak takut undang undang civil sebab undang undang civil boleh di permainkan...ada bukti sahih ikut hukun science pun boleh di pertikai...hudud ialah peneylesaian pada semua jenayah didunia...kerajaan mesti bersedia berkerja keras untuk beri pekerjaan, perumahan dan keadilan kepada rakyat supaya rakyat hidup selesa.. tak payah rumah urut, tak payah rasuah, tak payah mencuri, merogol...dapat kan itu semua dengan cara halal..cara tidak bercanggah dengan hudud..

    ReplyDelete

Labels