Followers

Saturday 14 June 2014

5 RIBU Rumah Di TELUK INTAN , Guan Eng Ade ??


MMI antara yang mengikuti rapat perkembangan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu.Yaa memang tak nafi Guan Eng selaku Ketua Menteri sentiasa menjaga penduduk negeri Pulau Pinang bahkan boleh dikatakan yang terbaik di Malaysia.

Tapi ampa jangan terburu-buru sangat sebab dia jaga penduduk yang sebangsa dengan dia dan juga mereka yang menyokong dia ja.Selebihnya memang dia jaga dan perati pantang ada silap habih semua diroboh , disita , dihalau dan yang seangkatan dengannya.

Tak percaya ampa boleh chek balik di artikel-artikel MMI sebelum ni , malah Guan Eng dan pasukannya bukan sahaja bersikap double standard siap pandai menipu lagi !

Sejak 2008 yang lalu berapa banyak rumah mampu milik yang kerajaan DAP bina di Pulau Pinang kalau nak bandingkan dengan rumah-rumah mewah yang ada ?

Kemudian turun Teluk Intan bawa Dyana Sofya janji bulan bintang , bila kalah terus angkat bungkuih sampai sekarang ada dia pi jumpa pengundi Teluk Intan balik ? HARAM tak ada !!

Jika sebelum ini DAP dalam siri kempennya selalu menuduh BN dengan pelbagai tuduhan kini agaknya apa yang dia nak buat bila Najib dah umum 5 ribu buah rumah PRIMA akan dibina di Teluk Intan ?
TELUK INTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa inisiatif bagi pembangunan Teluk Intan termasuk pembinaan 5,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi).
Sebagai memenuhi manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi projek pembangunan di kawasan berkenaan. 
"BN adalah sebuah parti yang berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa BN menetapi janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran PR1MA Teluk Intan di sini.
Bagi projek PR1MA, Najib berkata sebagai permulaan, sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina di kawasan itu.
Projek PR1MA Teluk Intan secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 202 hektar.mstar
Kalau ikut janji Guan Eng sebelum ni dia pun bukan main nak bina juga rumah di Pulau Pinang , ada sapa-sapa boleh tunjuk rumah tu kat mana ????

MMI

1 comment:

  1. Rumah mampu milik Guan Eng masih dok dalam tanah. Tak muncul keluar lagi.

    ReplyDelete

Labels