Followers

Saturday, 14 June 2014

Apa Itu El-Nino ?


MMI yakin ramai di kalangan rakyat Malaysia kini sedang menghadapi cuaca panas membahang.Walaupun ada sesetengahnya menggunakan penghawa dingin di rumah namun bahang kepanasan tetap dirasakan sewaktu meninggalkan rumah untuk ke destinasi lain.

Untuk makluman cuaca sebegini dilaporkan akan berpanjangan sehingga 6 bulan lamanya bermula Jun 2014 dan mungkin boleh sampai ke bulan 5 tahun hadapan.

Semua yang berlaku disebabkan oleh fenomena El-Nino.

Apa itu El-Nino ?? Jom kita amik tau sikit ...

Perkataan El Nino berasal dari bahasa Sepanyol yang bermakna “budak lelaki” di mana ianya mula-mula dikesan oleh masyarakat Amerika Selatan yang bertutur dalam bahasa Sepanyol seperti di Peru, Uruguay, Chile dan sebagainya.

Sebelum kita membaca dengan lebih terperinci mengenai El Nino, sila perhatikan dahulu peta dunia ini. Ianya menggambarkan keadaan di mana kawasan tropika iaitu kawasan yang mengalami iklim khatulistiwa di bahagian tengah dan sub-tropika di antara garisan jadi di selatan dan garisan sartan di utara.

Ia digambarkan dengan warna oren kekuningan. Ini melambangkan suhu yang panas di kawasan ini. Manakala di bahagian hemisfera utara menuju artik dan bahagian hemisfera selatan menuju antartika ditandakan dengan warna biru turkois adalah kawasan sejuk.

Kejadian El Nino adalah berlaku di kawasan yang bertanda oren kekuningan.

Cuba kita perhatikan pula gambarajah ini. Ia adalah kawasan Lautan Pasifik. Di sebelah kiri ialah kawasan Tropika yang menganjur antara Kepulauan Indonesia dan Timur Australia. Di sebelah kanan pula ialah pantai barat Amerika Selatan.


Pada waktu-waktu biasa, aliran tiupan angin adalah dari pantai barat Amerika Selatan melalui Lautan Pasifik menuju ke timur Kepulauan Indonesia dan Australia. Ia akan membentuk satu putaran angin yang disebabkan oleh tekanan udara yang berbeza. Ketika itu hujan lebat akan turun ke kebanyakan tempat di tropika serta dibayangi oleh ribut taufan Tropika. Ini sering berlaku antara bulan April hingga September setiap tahun. Kejadian ribut taufan Haiyan yang melanda Filipina tahun lepas adalah salah satu daripada kejadian ini. 

Untuk mengetahui lebih lanjut dan kupasan tentang kejadian ribut taufan tropika , teruskan membaca di SINI 

Bagi MMI tak salah kita ambil tahu sedikit tentang fenomena ini sebabnya kita sendiri sedang menghadapinya.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels